Yang diulang-ulang.

Yang ditakut-takutkan.

Sokong cadangan pindaan Akta 355 nanti akan ramai orang kena potong tangan.

Itulah kata-kata orang BODOH atau sengaja hendak BODOHkan orang lain.

Jadi JANGAN kita jadi BODOH. Jangan kita diperBODOHkan.

Kenapa?

Sebab, hukuman potong tangan dikecoh-kecoh itu berkaitan jenayah mencuri/rompak. Kesalahan tersebut TIDAK ADA KAITAN dengan Akta 355. Kesalahan tersebut adalah di bawah Akta 574 – Kanun Keseksaan/Penal Code.

Akta 355 bukan berkaitan jenayah mencuri atau merompak. Ianya adalah Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.

Baca betul-betul. Mahkamah ditubuhkan oleh Negeri. Untuk Mahkamah Syariah. Itu sahaja.

Tidak termasuk kesalahan dalam Kanun Keseksaan.

Kesalahan-kesalahan tersebut disenaraikan satu persatu di dalam Butiran 1, Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan (B1SNJ9PP – baca di sini). Bacalah sendiri senarai kesalahan yang boleh dibicara di Mahakamah Syariah. Itu sahaja! Tidak ada cerita rompak-curi.

Habis yang Dr. Mahathir duduk cakap pasal potong tangan?

Samada dia yang tidak faham atau dia sengaja buat-buat tidak faham.

Akta 355 ini telah dipinda DUA KALI semasa Dr. Mahathir menjadi PM. Takkan dia tidak faham!

DrM-Akta355-Mpotongtangan-Cpenjara

 

*********

Baca juga:

 

Advertisements