You are currently browsing the monthly archive for April 2017.

Patutlah.

Hairan juga artikel saya yang sudah hampir sebulan ditulis tiba-tiba melonjak naik capaiannya dengan carian Google yang sangat tinggi. “Top 5 searches” di statistik blog saya – semuanya merujuk kepada carian berhubung “PM Kanada Trudeau peluk Islam.”

Maka sekarang barulah jelas.

Akhbar Harakah (PAS) ada menyiarkan berita yang palsu tersebut. Satu artikel yang sudah lama saya tulis dan ianya merujuk kepada sebaran cerita satira yang disiarkan di laman “Vatican Enquirer”.

Kalau ada yang semacam tidak boleh percaya tu – janganlah terlalu mudah kita hendak percaya. Tabayyun!

Baca artikel tersebut [bertarikh 4hb April 2017]:

Ya. BENAR.

Itulah yang terpampang di muka hadapan sebuah majalah Kristian yang berpusat di Amerika Syarikat. Majalah “Christianity Today” edisi Januari-Februari 2013 meletakkan tajuk muka depan sebagai “WORSHIPING JESUS IN THE MOSQUE”.

Solat di masjid tetapi untuk Tuhan Jesus!

Itulah fenomena terbaru yang telah banyak kali saya dedahkan. Tetapi masih ramai orang kita yang tidak sedar bahawa ada kemungkinan orang yang solat sebelah kita di dalam masjid itu adalah orang yang sudah murtad masuk Kristian.

Golongan mereka yang telah murtad tetapi masih kekalkan amalan beberapa “ibadat Islam” disebut sebagai kumpulan C5 dari MBB. [baca apa itu MBB – Muslim Background Believer]

Pendedahan ini disokong dengan pengakuan yang dibuktikan dalam Internatonal Journal of Frontier Missions bahawa, “Instead of … making Muslims into Christians, we need to encourage and enable believers to continue their identification with their community as “Muslims,” but express their allegiance to Christ in Islamic terms and forms.

Bermakna, orang Islam yang telah murtad dibiarkan kekal dalam keadaan sebagai seorang “Muslim” tetapi sudah “beriman” dengan Tuhan Jesus. PARAH!

Mereka juga disebut sebagai “Insider Movement” atau Gerakan Dalaman. Mereka yang telah murtad ini bergerak dalam masyarakat kita tanpa kita sedari kerana mereka masih meneruskan kehidupan dalam keluarga Islam atau pun dalam masyarakat Islam. [baca: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

Kumpulan ini juga kadang-kadang disebut sebagai “Churchless Christian,” yakni orang Kristian yang tidak perlu pergi ke gereja bagi mengelak mereka dari mendedahkan diri mereka sudah Kristian.

Inilah bahananya sekarang. Ianya mungkin berlaku kepada ahli keluarga kita atau kawan rapat kita [nauzubillahiminzalik] – tetapi kita tidak langsung mengesyaki kerana mereka ini masih kekalkan “identiti Islam” mereka itu.

Sama-sama kita pelihara akidah anak-cucu kita.

Saya pernah menulis perkara hampir sama setahun lalu – Sembahyang untuk JESUS dalam MASJID?

Missionari Kristian sanggup berpura-pura “masuk Islam” – Missionari Kristian Masuk Islam Untuk Dakyahkan Orang Islam Di Masjid

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

 

Satu insiden yang menggemparkan minggu ini, pelajar tahfiz meninggal akibat komplikasi dari jangkitan kuman dikatakan bermula dari pelajar tersebut dipukul di kaki.

Semoga Al-Marhum pergi dengan baik dalam usaha murninya untuk menghafal Al-Quran. Namun, untuk kita moga ianya menjadi iktibar. Kita tunggu siasatan perubatan sebelum membuat apa-apa tuduhan.

Apakah insiden ini perlu menjadi punca untuk serangan bertalu ke atas sekolah tahfiz yang niat murninya untuk melahirkan para huffaz. Sedangkan kebanyakan kita tidak mampu untuk membantu kewujudan dan penerusan institusi menghafal Al-Quran ini.

Apatah lagi, untuk diri kita sendiri, ramai dari kita tidak mampu capai usaha menghafal ini. Jauh lagilah untuk kita menanggung tanggung jawab mendidik sendiri anak-anak kita menjadi huffaz. Maka usaha sesetengah mereka yang cuba mengekal tradisi hafalan Al-Quran ini adalah suatu usaha murni dan wajar diberi sokongan dan segala bantuan.

Dengan satu insiden begini kita hendak serang habisan? Seronoklah puak liberal dan anti Islam itu. Inilah peluang yang mereka cari-cari. [baca: Khutbah Jumaat kita dikatakan mempromosi ekstremisme]

Kenapa kita hendak cari salah? Kenapa tidak kita berusaha untuk membantu intitusi sebegini menjadi lebih baik. Lihat sahaja banyak pusat-pusat tahfiz bergerak dalam keadaan yang daif sekali. Berapa wang ringgit yang kita jolikan di Gloria Jeans atau Starbuck sedia kita korbankan untuk mengisi tabung-tabung bantuan pusat tahfiz dan sekolah pondok?

Kita mungkin mempunyai segala kepakaran dan pengalaman profesional, tetapi berapa detik masa kita yang sedia kita korban untuk membantu usaha murni mereka berbanding dengan masa yang kita habiskan di padang golf atau lain-lain aktiviti rekreasi?

Di hari ini orang kita cepat sahaja ber”whatsapp” dan mencurahkan kata nista dalam FB dan komen-komennya. Kenapa tidak kita hulurkan buah-buah fikiran yang bernas untuk secara sukarela membantu mereka? [baca: Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?]

Jangan kita sibuk menghulurkan kayu api kepada mereka yang sedang membakar rumah kita.

Apakah puak-puak Kristian sibuk menyerang institusi gereja mereka apabila laporan demi laporan, kes demi kes, skandal demi skandal dan pengakuan demi pengakuan tentang salah laku seks dan penderitaan seks kanak-kanak dilakukan oleh paderi dalam gereja? [baca: Pedofilia dan Penganiayaan Seks Dengan Vatican dan Gereja – Berpisah Tiada dan Sah! Kes Pedofilia Banyak Dan Cuba Disembunyikan Oleh Vatican

 

Hairan juga kenapa Malaysiakini lebih gemar melaporkan sesuatu yang memburukkan kerajaan lebih dari memuji kerajaan.

Hairan kenapa Malaysiakini lebih banyak mempromosikan agenda pembangkang dan kurang mendedahkan keburukan pembangkang.

Apakah ada sesuatu agenda di sebalik motif penglaporan berita dan cara memilih-milih berita?

Apakah benar Malaysiakini itu betul-betul bebas?

Siapa pemilik saham Malaysiakini?

Apa nama syarikat-syarikat atau pertubuhan-pertubuhan yang memiliki Malaysiakini?

Siapa pemilik sebenar di belakang syarikat atau pertubuhan tersebut?

Mahukah Malaysiakini dedahkan?

Perlu diingat pada tahun 2009, Malaysiakini mendapat sumbangan besar dari Amerika Syarikat. USD100,000! Bukan nilai yang kecil. Dan tahun berikutnya mereka masih dapat.

Itu baru dari satu sumber. Apakah ada juga tangan George Soros dalam Malaysiakini?

Jangan sampai jadi barua sudahlah. Nanti kita-kita digadainya.

Ini juga membuat kita fikir tentang agenda Malaysiakini …

Membaca beberapa akhbar arus perdana dan liputan pelbagai portal berita berkaitan upacara pertabalan SPB YDP Agong Sultan Muhammad V, jelas menampakkan bahawa di kalangan wartawan dan ketua-ketua editor media, ramai yang masih tidak faham asas kedaulatan Negara serta Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Kebanyakan media yang menyiarkan gambar YDPA mencium Al-Quran meletakkan ulasan (caption) “SULTAN Muhammad V mencium al-Quran iaitu lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV di Istana Negara, semalam”

Ini adalah kesalahan besar dalam pemahaman tentang asas Negara dan kedudukan Islam di Tanah Air ini.

Sering kali media melaporkan bahawa “Islam Agama Rasmi” Malaysia. Malah ramai juga di kalngan pembesar Negara yang masih seing menggunakan slogan yang salah itu. Jika ada pun sesetengah Menteri yang sudah faham dengan menyebut Islam sebagai Agama Persekutuan atau Islam Agama Negara, tetapi apabila ianya dilaporkan oleh akhbar entah sama ada waratwan yang tidak petik dengan betul atau ketua-ketua editor yang tidak faham dengan asas Persekutuan Malaysia ini.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Persekutuan seperti mana ditegaskan di dalam Perkara 4. Ini juga bermakna rangkap kata yang kita kerap dengar bahawa Islam itu adalah agama rasmi itu salah dan tidak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Kegagalan memahami perkara asas ini di kalangan petugas media dan ketua-ketua editor media membuat naratif yang salah ini diteruskan dan diulang-ulang. Mungkin perlu ada usaha untuk sekolahkan mereka ini agar penyampaian maklumat yang benar dapat disampaikan kepada masyarakat agar lebih fahami asas Negara yang bertunjangkan Agama Islam sejak dari kedaulatan pemerintahan Raja-Raja Melayu yang sudah beratus tahun.

 

PETALING JAYA: PAS menyerang balik Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas bekas perdana menteri itu mendakwa parti Islam itu hanya wujud untuk memecah belahkan orang Melayu.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mempersoalkan mengapa Dr Mahathir “terlalu berdendam” dengan parti itu.

“Salahkah PAS hendak membawa hala tuju sendiri. PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun sahaja hendak melawan BN. PAS juga melawan BN. Semasa Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN. Belajarlah menjadi pembangkang.

“Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia,” katanya.

Dr Mahahir yang kini mempengerusikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam menyifatkan PAS sebagai “malapetaka” terhadap perpaduan Melayu.

Katanya, keputusan PAS untuk bertanding sendiri di luar kerjasama parti pembangkang lain hanya bertujuan membantu Barisan Nasional dengan cara memecahkan undi pembangkang.

“Dengan PAS bertanding dan menjadikan pertandingan tiga atau lebih penjuru, kesannya ialah memecahbelah musuh-musuh BN (Umno). PAS akan kalah dan mengheret turun parti pembangkang lain. UMNO akan menang, kerana penyokong parti lawan berpecah,” katanya dalam penulisan blog semalam.

“Perjuangannya sebagai parti Islam, jika ada, tidak sedikitpun berhasil. Kejayaannya terhad kepada memecahbelah orang Melayu sehingga pengaruh dan kuasa mereka berkurangan dalam politik negara.”

Idris sebaliknya berkata Dr Mahathir yang memecah belahkan orang Melayu sepanjang pemerintahannya.

“Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun. Bukankah zaman Tun Melayu berpecah? Selama 22 tahun Tun berkuasa, tiga Timbalan Perdana Menteri terpelanting. Lahir team A dan team B di dalam Umno sehingga Umno diharamkan. Zaman Tun lahirnya Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat,” katanya.

Beliau mempertahankan keputusan PAS untuk tidak menyertai Pakatan Harapan, gabungan yang menyatukan PKR, DAP, Amanah dan PPBM dalam usaha memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

“Kenapa pula Tun hendak marah kepada PAS apabila tidak menyertai PH.

“Kalau tidak mahu sertai pakatan Tun, maka ini dianggap pemecah belah orang Melayu,” kata Idris.

dipetik dari FMT

Kes ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Kalau dia ada maklumat – kenapa tidak dikongsikan dengan PDRM. Pandai-pandai hendak siasat sendiri. Dia ini seorang penyiasat ke?

Itulah yang KPN Khalid Abu Bakar katakan bahawa tindakan Peter Chong [aktivis BERSIH, PKR] yang menghilangkan diri tanpa “memaklumkan” kepada ahli keluarga mahupun sahabat terdekat telah menghabiskan masa dan tenaga polis. Syabas PDRM.

Apabila difikirkan seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan. Perlu juga disiasat dakwaan bahawa beliau diculik di Thailand. Apakah benar? Ada laporan polis Thailand?

1. Peter Chong dikatakan hilang.  Hanya berdasarkan tidak kemaskini Facebooknya dan ahli keluarga “tidak tahu” di mana dia berada.

2. Laporan FMT mengaitkan Peter Chong rapat dengan Kapt. Zaharie juruterbang MH370 yang hilang.

3. Beberapa hari kemudian [laporan MalayMailOnline], dua pemimpin kanan PKR mengatakan “Facebook Chat” Peter Chong masih aktif. … hmmm.

4. KPN Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa Peter Chong dirakam CCTV ke Thailand menaiki bas.

5. Rakan-rakan Peter Chong seolah-olah tidak percayai kenyataan KPN bahawa Peter Chong ke Thailand – desak maklumat lanjut.

6. Peter Chong kembali di KLIA

7. KPN mengatakan Peter Chong menghabiskan masa dan tenaga polis. Bermakna menghabiskan duit anda dan kita semua. INI SAYA SETUJU.

Baca: Peter Chong returns to KL, claims he was abducted in Hatyai

Hari ini bermula pembicaraan penuh.

  1. Plaintif Eric Paulsen mula memberi keterangan.
  2. Saksi 1 defendan, Sdra Rizal memberi keterangan
  3. Defendan, Ustaz Hafiz Nordin memberi keterangan.

Kes bersambung esok dengan saksi defendan terakhir.

Jom kita sama-sama kita turun memberi sokongan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang disaman oleh Eric Paulsen di Mahkamah Tinggi NCVC 9 Tingkat 4 Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, 18hb April 2017.

Bagi yang tidak dapat hadir – mohon doakan kejayaan kita semua.

*******

Latar belakang kes:

Eric Paulsen telah mengeluarkan “tweet” yang menghina institusi Islam. Eric Paulsen telah mengatakan bahawa JAKIM mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat = setiap kali khutbah Jumaat (?).

Persoalan?

Kenapa Eric Paulsen begitu berani dan lantang menghina institusi Islam.

Bagaimana tajuk khutbah pada 9hb Januari 2015 yang bertajuk “Menjana Masyarakat Prihatin” dituduh Eric Paulsen sebagai mempromosi ekstremisme?

Mengapakah EP mengatakan SETIAP Jumaat JAKIM mempromosi ekstremisme? Setiap hari Jumaat?

Kenapa kerajaan Amerka Syarikat dilihat bersungguh membela Eric Paulsen dalam kes ini?

[Baca: Kenapa Amerika Syarikat Bersungguh Membela Apabila Eric Paulsen Hina Islam? Apa Agenda Sebenar Mereka?]

Bersama kita bela Institusi Islam yang dihina.

**********

Baca juga:

Eric Paulsen & Lawyers For Liberty – Dibayar Amerika Syarikat?

Kenapa Amerika Syarikat Bersungguh Membela Apabila Eric Paulsen Hina Islam? Apa Agenda Sebenar Mereka?

 

Mari kita ikuti satu bahagian lagi daripada ucapan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam dialog tertutup di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014.

[dipetik dari FB Dr. Kamarul Yusoff]

Bahagian ucapan Lim Guan Eng ini paling tidak boleh membuktikan beberapa perkara, iaitu bahawa:

(1) Lim Guan Eng adalah seorang insan yang hipokrit dan bukanlah seorang kawan yang boleh diharapkan. Di depan, Lim Guan Eng memuja-muji Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi di belakang, beliau selamba sahaja menceritakan keburukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Begitu juga caranya dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di depan Lim Guan Eng mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi di belakang, beliau mempertahankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sekurang-kurangnya di dalam isu Langkah Kajang.

(2) Kritikan PAS terhadap PKR dalam isu Langkah Kajang adalah betul dan PKR sememangnya tidak menangani isu Langkah Kajang dengan baik. Tidak mungkin Langkah Kajang dapat dipertahankan oleh sesiapa pun bila Lim Guan Eng sendiri mendedahkan bahawa “ia telah dibuat dengan cara yang sangat sombong dan sangat kotor tanpa perundingan dengan sama ada PAS atau DAP” dan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengakui kepada Lim Guan Eng yang “ia telah ditangani dengan sangat teruk”.

(3) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya hanya dipergunakan oleh DAP untuk kepentingan politiknya sahaja. Bertentangan dengan kenyataan terbuka para pemimpin DAP, termasuk kenyataan terbaru pemimpin DAP Selangor, Ronnie Liu, bagi menghalalkan tindakan beliau berunding dengan Kedutaan Amerika Syarikat untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim “lebih merbahaya di dalam penjara”, sekali gus menimbulkan tanda tanya besar mengenai komitmen para pemimpin DAP dalam menyokong usaha untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KENYATAAN PERTAMA LIM GUAN ENG

“We didn’t deny that Selangor crisis has put us in a very bad light. I also spoken to Datuk Seri Anwar to tell him that this was very badly handled, and of course he agreed with me… It was done in a very proud and very dirty manner without consultation with either PAS or DAP. This was a shortcoming on his part and of course he apologised not only personally but also publicly. But mistake has been done. And the matter is finally resolved. So we have shown that we are not very good in managing crisis. Yes, we admit that.”

(Terjemahan: “Kami tidak menafikan bahawa krisis Selangor telah meletakkan kami di dalam keadaan yang sangat teruk. Saya juga bercakap dengan Datuk Seri Anwar untuk memberitahu beliau bahawa ia telah ditangani dengan sangat teruk, dan dia juga bersetuju dengan saya… Ia telah dibuat dengan cara yang sangat sombong dan sangat kotor tanpa perundingan dengan sama ada PAS atau DAP. Ini adalah kekurangan beliau dan dia juga meminta maaf bukan sahaja secara peribadi tetapi juga secara terbuka. Tetapi kesilapan telah dibuat. Dan perkara ini akhirnya diselesaikan. Jadi kami telah menunjukkan bahawa kami bukan sangat bagus dalam menangani krisis. Ya, kami akui itu.”)

KENYATAAN KEDUA LIM GUAN ENG

“And I still think that Anwar is a boon to Pakatan, he is not a been to Pakatan, he is a boon to Pakatan, basically because you can criticise for his shortcoming, the fact that he didn’t manage well some issues that he dealt with, or had a dealt with one hand, pushing for his wife (to become the Menteri Besar of Selangor) and ended up you know getting humiliated having Azmin to come up (as the Menteri Besar of Selangor), also losing his title of Datuk Seri, but he is still a boon to Pakatan because if you look at that person with that persona and that experience definitely it is him. But if he is imprisoned and Pakatan, provided that we resolve this issue, can go on. We went on when he was imprisoned. And I still think he is more dangerous inside than outside for BN.”

(Terjemahan: “Dan saya masih fikir bahawa Anwar adalah satu keuntungan kepada Pakatan, beliau bukan satu kerugian kepada Pakatan, beliau adalah satu keuntungan kepada Pakatan, umumnya kerana kamu boleh mengkritik kekurangan beliau, fakta bahawa beliau tidak menguruskan sesetengah isu yang beliau tangani dengan baik, atau tangani dengan sebelah tangan, mengusahakan isteri beliau (untuk menjadi Menteri Besar Selangor) dan berakhir dengan dimalukan bila Azmin yang naik (sebagai Menteri Besar Selangor), di samping kehilangan gelaran Datuk Seri, tetapi beliau adalah tetap satu keuntungan kepada Pakatan kerana jika kamu lihat kepada individu itu dengan persona itu dan pengalaman itu sudah pasti ia adalah beliau. Tetapi jika beliau dipenjarakan dan Pakatan, dengan syarat kami boleh menyelesaikan isu ini, boleh terus bergerak. Kami terus bergerak bila dia dipenjarakan dulu. Dan saya masih fikir beliau lebih merbahaya di dalam penjara dari di luar penjara untuk BN.”)

KENYATAAN KETIGA LIM GUAN ENG

“I think what principally motivated Hadi (to change) was actually anger with Anwar. Anwar made the Selangor Move completely keeping everyone in the dark. Probably I don’t take it as an affrontment. After that he came out he called me out and apologized. I am a bit more forgiving person, so I just said, very unfortunate you have to really explain. I think for Hadi it is something he couldn’t take it, because this is not the first time Anwar had doing things without consultation. So in a way I think this pushed Hadi over the cliff, so to say.”

(Terjemahan: “Saya fikir sebab utama Hadi (berubah) adalah kemarahan terhadap Anwar. Anwar membuat Langkah Selangor tanpa merujuk kepada sesiapa. Mungkin saya tidak menganggapnya sebagai satu penghinaan. Selepas itu beliau keluar beliau memanggil saya dan meminta maaf. Saya bersifat lebih pemaaf, jadi saya berkata, sangat malang kamu terpaksa memberi penjelasan. Saya fikir untuk Hadi ia adalah sesuatu yang beliau tidak boleh terima, kerana ini bukan kali pertama Anwar membuat sesuatu tanpa perundingan. Jadi dari satu segi saya fikir ini telah membuat Hadi hilang kawalan.”)

Ketika menunggu ketibaan pesawat pagi tadi seorang sahabat mengirim satu klip video ringkas, 4:05 minit panjangnya. Klip tersebut tidak mempunyai tajuk, tidak tahu pula bila dan di mana ianya dirakam dan tidak pula menyebut nama penceramah dalam video tersebut. Namun, saya percaya dia seorang Ustaz berdasarkan ulasannya ialah tentang hukum agama.

Cuma klip video tersebut di akhiri dengan kata-kata ustaz tersebut bahawa “Faham tidak? Kalau tidak faham – bodoh!”

Maka untuk memudahkan ulasan saya ini terhadap video tersebut saya panggillah ustaz itu dengan nama Ustaz “bodoh”.

[… sebab sekarang ini nama-nama ustaz banyak yang glamer. Ustaz Bollywood, Ustaz Budak, Ustaz Manis, Ustaz PU – dan macam-macam PU, dan sebagainya]

Permulaan klip tersebut menunjukkan Ustaz “bodoh” menjawab soalan “… jika Pakatan Rakyat menang, Perdana Menterinya akan ditukar dan agama rasminya akan ditukar menjadi Kristian”

Jawab Ustaz “bodoh”,

Yang akan berlaku kita tidak boleh hendak kata betul atau tidak betul. Melainkan keluar dari perancangan daripada mulut. Maka setakat ini tidak ada lagi daripada mulut yang mengatakan hendak tukar menjadi negara Kristian melainkan ini adalah khabar angin yang sengaja ditiup untuk mengikis perasaan kerjasama dan seumpamanynya di dalam jiwa rakyat Malaysia yang inginkan perubahan.

Ini dari mulut mereka: Johor Untuk Jesus – Johor Dijadikan Negeri Kristian?

Mungkin Ustaz “bodoh” belum lagi baca atau dengar sendiri pendedahan-pendedahan tentang kebobrokan pemerintahan negeri-negeri yang ditadbir oleh DAP.

Atau mungkin Ustaz “bodoh” ini sengaja tidak dibuka hatinya untuk berlaku adil mendengar pelbagai kenyataan yang telah dibuat oleh pelbagai aktivis DAP yang kini sudah keluar dan mendedahkan pelbagai kecurangan dan niat jahat DAP.

Kalau kita dengar janji-janji manis penagih dadah, memang mereka cakap hebat. Petah dan manis kata-kata mereka. Berkelip sahaja mata kita, kita tidak sedar apa yang mereka telah curi.

Itulah sebabnya pandangan Ustaz “bodoh” teralih dari melihat keadilan sebenar:

Melainkan yang sudah berlaku iaitu penindasan kezaliman yang seumpamanya … hok ini sudah pasti, ini memang geranti, sudah dilihat dengan mata, sudah dirasa keperitannya oleh semua orang, maka hok ini yang wajib kita buang dahulu.   

Apa ertinya Lukman berpesan kepada anaknya yang dicatat di dalam Al Quran tentang kezaliman? Bukankah kezaliman yang utama itu ialah syirik kepada Allah S.W.T.? Janganlah kita salah letak definisi zalim yang azim itu. Baca: Apa Ertinya Zalim Yang Azim?

­­

Pergilah cari bekas aktivis DAP yang sudah bertaubat. Antaranya ialah Sdra. Razali Abdul Rahman. Lima belas tahun beliau di dalam DAP. Tahu dan faham sangat selok-belok perancangan jahat DAP. Malah, Sdra. Razali sudah di beratus tempat beliau dedahkan. Sehingga hari ini, TIDAK ADA SEORANG pun orang-orang DAP berani saman beliau.

Sdra. Razali sendiri dedahkan sumpah ikrar pimpinan DAP bersama paderi-paderi dari seluruh pelusuk dunia. Majlis ikrar dan sumpah mereka itu dirakamkan sendiri oleh Sdra. Razali

[baca: Penyamaran dan Penipuan Identiti Modus Operandi Utama DAP]

Alhamdulillah, al-marhum TG Haron Din sempat dengar penerangan yang dibuat oleh Sdra. Razali sendiri. Dan ramai pemimpin PAS yang lain sudah mendengar penjelasan ini. Sebab itu mereka kini sudah terbuka dan mulai sedar perancangan jahat DAP.

Syukur, hari ini kebanyakan aktivis PAS mulai sedar. Dan kita dapat lihat aktivis-aktivis Parti Kuali Leper pula yang menghembur pemimpin PAS kerana telah sedar dari ditipu DAP. Malah, sengitnya kata-kata nista orang-orang Parti Kuali Leper kepada PAS lebih teruk daripada apa yang dulu PAS kata kepada UMNO. Astaghfirullah.

[kalau anda masih tertanya-tanya apa itu Parti Kuali Leper – BACA]

Ustaz “bodoh” menyebut lagi:

Yang ada ini rasuah dan zalim. Sudah buat berlaku dan sahih. Sudah 50 tahun rasuah dan zalim.

Yang akan diberi mandat ini belum lagi. Tapi takut-takut nanti tetapi takut nanti sama jugak. Kita kata boleh jadi… tapi belum terbukti. Yang sudah berlaku ini yang kita hendak buang.

Moga Ustaz “bodoh” tidak tertutup keadilannya. Kecuali apa yang dikatakan kepada orang yang tidak faham itu ‘bodoh’ terpalit kepada dia menjadi ‘bodoh’ juga.

Mungkin juga Ustaz “bodoh” ini bercakap dalam suasana sebelum perpecahan PAS. Sebab dalam video itu kelihatan salah seorang yang berada di atas pentas itu memakai baju yang mempunyai lambang parti PAS, DAP dan PKR.

Ustaz “bodoh” kemudian membuat satu kiasan. Kiasan yang langsung tidak masuk akal.

Di akhirnya, Ustaz “bodoh” memberi contoh kisah kononnya ada doktor gigi Bangla yang dapat IC. Sambil disambut dengan gelak ketawa. Boleh dia berikan satu contoh kebenarannya?

[gurau, gurau juga … tetapi ceramah agama bukan majlis untuk membuat tuduhan dusta … apatah lagi keluar dari mulut seorang Ustaz]

Kiasannya ialah kononnya doktor gigi tersebut ingin cabut gigi-gigi lain walaupun yang sakit hanya satu. Inilah dikatakan, jika beliau tidak tahu tentang perkembangan teknologi perubatan pergigian – janganlah komen.

  1. Doktor tidak akan sahaja-sahaja cabut gigi sebagai prevention/pencegahan.
  2. Sekarang ini cabut gigi (teeth extraction) itu antara pilihan terakhir. Lazimnya bagi gigi yang rosak, sebolehnya doktor gigi usaha sedayanya untuk selamatkan, antaranya melalui “endodontic therapy” atau  sering disebut sebagai “root canal treatment” dan kadang-kadang diikuti dengan “crowning

Kesianlah dengan Ustaz “bodoh” yang membuat kiasan yang tidak betul malah lari dari konteksnya (qiyas ma’al fariq)

Maka menyahut soalan penutup dalam video tersebut – “Faham tidak? Kalau tidak faham – bodoh!”

Mungkin itulah juga soalan saya kepada Ustaz “bodoh”

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

April 2017
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid