Laporannya berbunyi begini:

Canada’s prime minister, Justin Trudeau, also dubbed as “Canada’s Obama”, announced he is converting from Christianity to Islam.

In a 13 minute press conference Friday, Trudeau explained his decision in his life:
“After meeting thousands of new Syrian refugees, listening to their stories and learning more about the Muslim faith, I have learned to love Islam and the people of Islam. Islam promotes peace, not violence and is in fact more peaceful that Christianity. I feel like this is the religion I belong with and I should identify as,” reported the theglobalsun.com
Macam rasa seronok gembira bila baca. Itulah yang berebut-rebut komen dalam salah satu grup WhatsApp alumni yang sahabat-sahabat masukkan saya ke dalamnya. Paparan skrin yang diambil dan dikongsi pun sudah tercatit bahawa laporan tersebut bertarikh Ogos 2016. Cerita sudah lapuk. Takkanlah baru hendak heboh.

Periksalah dahulu sebelum hendak sebar. Tabayyunlah dulu sebelum hendak komen. Artikel tersebut dipetik dari laman Vatican Enquirer.

Bacalah di bawah posting tersebut. Dengan jelas ia sudah beritahu bahawa Vatican Enquirer adalah “The VATICAN ENQUIRER is a SATIRE / ALTERNATIVE FACTS website.  All articles (posts) are made-up stories and should not be taken seriously. All content is for entertainment and fun, without any compromise with reality. We are willing to invent any story as long as you laugh.”

Hendak percaya juga? Ada pulak yang hendak tolong sebar kepalsuan sebegini? Aduih penatnya dengan nasib umat hari ini. Perkara semudah ini pun tidak boleh hendak tabayyun dahulu. [baca: Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta?]

Mungkin ramai yang masih ingat cerita anak Sultan Selangor masuk Kristian. Masih beberapa bulan lalu ada yang bertanya saya. Sama juga dengan Vatican Enquirer, cerita anak Sultan Selangor masuk Kristian itu datang dari sebuah laman yang suka mereka-reka cerita palsu – World News Daily Report – PALSU !!!

Cerita Prebet Adam mengamuk kerana Sultan Johor pukul adik beliau yang menjadi caddy Tuanku hingga mati. Sehingga hari ini masih diulang-ulang. Baca cerita sebenar: Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor

Dengan kecanggihan teknologi, kita bukan hendak gandakan dosa. Kita guna teknologi untuk gandakan pahala. Guna dengan berfaedah – Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?

Kemaskini 30 April 2017: Harakah pun boleh tersilap percaya dan siarkan cerita palsu ini –