Hari ini FMT melaporkan bahawa Zaid Ibrahim mengatakan Malaysia ini macam Taliban – “We’re like Taliban country”

Tahukah kamu wahai Zaid, jika Malaysia ini betul-betul “Taliban country”, kepala kamu yang pertama dipenggal mereka.

Orang-orang macam kamu semua akan dicari hingga ke lubang cacing.

Syukur Alhamdulillah. Malaysia masih lagi Negara yang mengamalkan Islam seperti mana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan – sebagai Agama Persekutuan.

Hanya perompak dan penjenayah yang bencikan undang-undang yang menangkap dan memenjarakan mereka.

DAN,

Hanya orang-orang yang sukakan maksiat atau ada kepentingan dengan industri maksiat sahaja yang bencikan pindaan Akta 355 dilaksanakan.