Ketika revolusi Iran mempengaruhi pemikiran aktivis dakwah, ramai yang memuji tulisan-tulisan Ali Shariati.
Malah ketika beberapa minggu sebelum menlanjutkan pelajaran ke USA, saya sempat bertanya Sdra. Anwar Ibrahim. Pemerhatian saya selepas mendampingi beliau hampir empat tahun, saya melihat kelantangan suara beliau yang pernah kita dengar sebaik keluar tahanan ISA sudah semakin kurang.
Saya bertanya Anwar beberapa bulan sebelum beliau menyertai UMNO. Waktu itu kami dalam perjalanan balik dari satu majlis makan malam bersama Duta Arab Saudi ketika itu di Restoran Akbar dekat Jalan Medan Tuanku. Lazimnya saya tinggalkan motorsikal saya di depan pejabat Yayasan Anda/ABIM untuk naik kereta Citroen beliau.
Soalan saya sekitar pengamatan saya bahawa Anwar sejak kebelakangan itu semakin “lembut” tidak “tegas dan keras” seperti zaman mahasiswa atau di peringkat awal penubuhan ABIM.
Dengan “senyum yang menawannya” Anwar mula menjawab, “Karim, … Ali Shariati berkata … (dan seterusnya)” Wah, Anwar quote Ali Shariati, kan hebat bunyinya [Anwar kan suka quote nama-nama yang hebat-hebat dalam ceramahnya. Contoh – Toshihiko Izutsu, nama yang selalu beliau sebut zaman itu … entah apalah makcik di kampung faham).
Itulah Anwar.
Dan begitulah pengaruh tokoh sosialis Syiah ini memukau pemikiran aktivis dakwah ketika itu.
Namun, hari ini, kami semua sudah sedar dan faham. Asas dakwah mesti berpandukan fahaman yang benar bersumberkan rujukan tulisan ulamak-ulamak besar Ahli Sunnah wal Jamaah. Bukan Syiah yang kita kagumi.
Bukan juga kesesatan Liberalisme dan Pluralisme yang kita ingin perjuangkan. Semoga neraca akidah kita berpandukan alFirqah Naajiyah, yang benar dan selamat.
Asas panduan kita – Neraca Aqidah
Apa Catatan Pada Akhir Hayat Kita?
Recent Comments