Ya. BENAR.

Itulah yang terpampang di muka hadapan sebuah majalah Kristian yang berpusat di Amerika Syarikat. Majalah “Christianity Today” edisi Januari-Februari 2013 meletakkan tajuk muka depan sebagai “WORSHIPING JESUS IN THE MOSQUE”.

Solat di masjid tetapi untuk Tuhan Jesus!

Itulah fenomena terbaru yang telah banyak kali saya dedahkan. Tetapi masih ramai orang kita yang tidak sedar bahawa ada kemungkinan orang yang solat sebelah kita di dalam masjid itu adalah orang yang sudah murtad masuk Kristian.

Golongan mereka yang telah murtad tetapi masih kekalkan amalan beberapa “ibadat Islam” disebut sebagai kumpulan C5 dari MBB. [baca apa itu MBB – Muslim Background Believer]

Pendedahan ini disokong dengan pengakuan yang dibuktikan dalam Internatonal Journal of Frontier Missions bahawa, “Instead of … making Muslims into Christians, we need to encourage and enable believers to continue their identification with their community as “Muslims,” but express their allegiance to Christ in Islamic terms and forms.

Bermakna, orang Islam yang telah murtad dibiarkan kekal dalam keadaan sebagai seorang “Muslim” tetapi sudah “beriman” dengan Tuhan Jesus. PARAH!

Mereka juga disebut sebagai “Insider Movement” atau Gerakan Dalaman. Mereka yang telah murtad ini bergerak dalam masyarakat kita tanpa kita sedari kerana mereka masih meneruskan kehidupan dalam keluarga Islam atau pun dalam masyarakat Islam. [baca: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

Kumpulan ini juga kadang-kadang disebut sebagai “Churchless Christian,” yakni orang Kristian yang tidak perlu pergi ke gereja bagi mengelak mereka dari mendedahkan diri mereka sudah Kristian.

Inilah bahananya sekarang. Ianya mungkin berlaku kepada ahli keluarga kita atau kawan rapat kita [nauzubillahiminzalik] – tetapi kita tidak langsung mengesyaki kerana mereka ini masih kekalkan “identiti Islam” mereka itu.

Sama-sama kita pelihara akidah anak-cucu kita.

Saya pernah menulis perkara hampir sama setahun lalu – Sembahyang untuk JESUS dalam MASJID?

Missionari Kristian sanggup berpura-pura “masuk Islam” – Missionari Kristian Masuk Islam Untuk Dakyahkan Orang Islam Di Masjid

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

 

Advertisement