Apabila otak sudah dirasuk oleh pemikiran Liberalisme maka mulalah mulut mengeluarkan pandangan yang boleh merosak agama.
Khairy Jamaluddin mengeluarkan tweet mengatakan bahawa tiada paksaan dalam agama. Mana dia belajar ni?
Apakah ayat dari surah Al Baqarah:256 yang hendak dihujahkan? Amat jelas sekali Khairy gagal dalam memahami ayat tersebut.
Begitu juga Nurul Izzah menggunakan ayat yang sama ketika menjawab soalan Siti Bedah pada 3hb Nov 2012 dalam sesi soal jawab di gereja Full Gospel Tabernacle Subang Jaya. Mungkin kita faham bahawa Nurul Izzah belajar dari ayahnya, Anwar Ibrahim yang memberi jawapan bahawa Azlina Jailani ada hak untuk murtad apabila ditanya oleh wartawan BBC.
Mungkin akibat terlalu mendampingi ustaz-ustaz wahhabi dari luar dan dalam negara, pemikiran Khairy Jamaluddin sudah mula diracuni oleh pemikiran liberal dan boleh mentafsirkan ayat mengikut selera sendiri.
Pemikiran wahhabi itu berputik dari fahaman Liberalisme Agama.
Rosak habislah para Pemuda Melayu jika dipimpin orang sebegini!
1 comment
29 May, 2017 at 12:05 pm
Khairy Jamaluddin Dah Nak Jadi Macam Nurul Izzah? – MediaLantang.Com
[…] Source link […]