Pagi ini, ada yang hangat bincang pertikaikan siri pendedahan-pendedahan yang saya buat. Ada yang tidak puas hati dengan pendedahan saya.

Ada seorang yang mengirim dengan mengatakan  … “you dah bankrap idea ni.” Saya jawab kalau rasa idea saya bankrap kenapa baca?

Malah pernah seorang yang bergelar “Baba” (atau Ustaz) komen di FB saya suatu ketika dahulu mengatakan bahawa seminar yang kami adakan pada tahun 2013 [Wacana Agenda Kristian Se Dunia] ialah “program UMNO untuk orang melayu tinggalkan Hukum Allah” – أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ

[Lihat sebelah ->]

Untunglah UMNO dapat kredit kerja orang lain. Kenapa mendedahkan perancangan jahat pelampau evangelis Kristian mesti kerja parti UMNO?

Ada juga yang mengatakan pendedahan-pendedahan yang saya buat ini kerja yang “tidak berfaedah … cerita palsu“. Yang anehnya, dalam pada dia menuduh pendedahan saya sebagai cerita palsu, dia agak kerap datang tulis komen. Maknanya walaupun cerita saya dituduh sebagai palsu dia tetap berminat untuk membaca. 🙂

[Lihat sebelah ->]

Baca artikel tersebut: AWAS! Church Planting – 50 Gereja Untuk Orang Melayu!

Pendedahan-pendedahan yang saya buat ini bukan sahaja merimaskan pelampau evangelis Kristian, tetapi ada pula orang “Melayu-Islam” yang rasa tidak selesa dengan pendedahan saya. Terlintas di hati kecil pertanyaan “apakah mereka ini dari golongan MBB C5?

Ada juga yang tidak percaya pendedahan tentang strategi licik “Insider Movement” [baca lanjut: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad]. Seolah mendabik dada mengatakan bahawa “Kalau aku tak nampak depan mata … aku tak akan PERCAYA BERITA … melayu murtad masuk Kristian … kerana pada aku adalah sesuatu yg mustahil dan tak masuk dek akal … PD aku cerita ni hanya diada2kan Dan palsu … Dan hanya fitnah … mana mungkin …”

Ada juga yang menuduh saya ini sebagai blogger upahan untuk spin cerita ancaman Kristianisasi – baca di sini: Blogger Upahan Spin Isu Kristianisasi

Dan banyak lagilah komen-komen sebegini yang telah saya “simpan”. [hati-hati membuat komen di FB saya! 🙂 ] Tidaklah ini semua mematahkan semangat saya. Malah, saya yakin ini adalah golongan yang sangat kecil dalam masyarakat kita yang mana pemikiran mereka sudah terlalu liberal. Mereka sudah terpengaruh dengan ideologi Liberalisme sama ada dia sedar atau tidak.

Sempena di bulan Ramadhan ini kita gandakan usaha dan perbanyakkan doa. Semoga terbuka hati umat Islam di Tanah Air kita supaya sedar bahaya dan ancaman ini ke atas akidah anak cucu kita. Ya Allah Kau hancurkanlah rencana jahat evangelis Kristian. Kau satukanlah hati-hati kami. Amiin.

*****************

Apa kata Mujahid dalam isu Kalimah Allah? – baca: Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa

Bagaimana pendirian Khalid Samad yang sudah berubah? – baca: Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …

 

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi:

 

Advertisements