Johor Bahru: Ramai Melayu terdesak untuk mendengar ajaran Injil kerana tiada keselamatan (salvation) dalam agama Islam, dakwa Pastor Victor, seorang pendakyah Kristian yang berbangsa Melayu. Menurutnya lagi, selama ini beliau telah memurtadkan ramai Melayu untuk beriman kepada Ketuhanan Isa al-Masih.

[sumber: https://www.menara.my/]

Paderi Melayu yang dibiayai oleh International Christian Association (ICA) itu berkata, “Satu daripada kegembiraan terbesar kami adalah menyebarkan ajaran Injil di kalangan orang-orang kami. Ramai orang Melayu terdesak untuk mendengar ajaran kitab Injil kerana tiada keselamatan dalam agama Islam.”

“Perbuatan kami adalah merbahaya, tetapi apabila kami memikirkan hakikat syurga dan neraka, ianya adalah lebih merbahaya sekiranya kami tidak lakukannya,” tegas paderi Melayu bernama Victor tersebut.

[Kenapa Gambar Pastor Victor Sentiasa Dirahsiakan? ]

Paderi Melayu yang dikenali sebagai Victor

Usaha beliau memurtadkan Melayu-Muslim di negara ini tidak begitu sukar memandangkan beliau hanya menghadapi masalah dengan pihak berkuasa di sebuah negeri sahaja di Malaysia. Berkat kegigihan serta semangat Pastor Victor dan pasukannya, mereka berjaya memurtadkan begitu ramai orang Melayu.

Beliau berkata, “Dalam tempoh bertahun-tahun ini, kami telah murtadkan ramai orang Melayu supaya bertaubat dan beriman kepada Ketuhanan Isa al-Masih.”

Meskipun International Christian Association (ICA) mendedahkan bahawa badan itu juga bekerjasama dengan gereja-gereja tempatan dalam gerak kerja mereka, namun golongan Melayu murtad itu tidak boleh pergi beribadat di gereja-gereja tersebut kerana takut dikenakan tindakan undang-undang.

Keluarga Melayu yang murtad menjadi Kristian

Paderi Melayu itu berkata, “Menurut undang-undang, orang Melayu tidak boleh pergi ke gereja. Oleh itu, kami bawakan gereja kepada mereka. Ini adalah satu penghormatan untuk terlibat dengan gerakan gereja-rumah ini.”

Paderi Melayu tersebut juga tidak lokek untuk berkongsi rahsia bagaimana beliau berjaya memurtadkan orang-orang Melayu Islam ― dengan menjadi sahabat setia kepada mereka yang memerlukan.

“Kami menggunakan bantuan makanan sebagai satu cara untuk berdakyah,” kata Pastor Victor.

Paderi Melayu sedang mengadakan upacara berdoa beserta teks rujukan

“Dengan membawa barangan keperluan kepada golongan miskin, kita dapat peluang untuk berkongsi pesanan al-Masih dan juga mengagihkan kitab-kitab Bible,” sambungnya lagi.

Paderi itu juga menceritakan pengalamannya dalam memurtadkan sebuah keluarga Melayu-Muslim di Johor Bahru. Wanita Melayu itu, Lynn, meminta pendakyah-pendakyah Kristian itu untuk mendoakan mereka kerana telah berputus asa setelah gagal dalam perniagaan.

“Mereka cuma perlukan doa dari kami,” dedah Victor, memandangkan Lynn pada awal-awal lagi telah memberitahu bahawa beliau tidak berminat untuk murtad memeluk agama Kristian.

“Mereka telah diberitahu oleh kawan saya bahawa kami mempunyai kuasa untuk menghalau semangat-semangat jahat dan itulah yang mereka perlukan.”

Namun pada keesokan harinya, keluarga tersebut memilih untuk murtad untuk memeluk agama Kristian setelah terpengaruh dengan kisah bagaimana hidup mereka berubah menjadi baik setelah memeluk agama Kristian.

“Kami berharap untuk bertemu lebih ramai lagi keluarga Melayu-Muslim,” kata Pastor Victor.

***Kemaskini … baca kami dedahkan gambar wajahnya yang sebenar … Identiti Pastor Victor Didedahkan … Inikah Gambarnya Yang Dirahsiakan?

Advertisements