Setelah Utusan Malaysia menyiarkan tulisan Sdr. Azril Mohd Amin berhubung cadangan untuk mengadakan undang-undang baru bagi menyekat gerakan evangelisme, seorang Timbalan Menteri Melayu menjawab. Saya pun tidak tahu kenapa Nur Jazlan pula yang membuat komen. Sama ada dia ini tidak ketahuan bab Perlembagaan dan undang-undang atau dia tidak faham ancaman evangelisme.
Nur Jazlan memberi hujah bahawa jika disekat, kumpulan evangelisme ini akan bergerak secara “bawah tanah”. Maka disyorkan supaya diadakan sesi dialog dan perbincangan.
“Legislating any form of anti-evangelism or evangelicalism officially would have counter-productive outcomes because the followers would go underground instead of stopping their activities”
Jika begitulah logik yang digunakan, kenapa kita haramkan gerakan militan Daesh, Tamil Tigers, komunis dan seumpamanya? Kenapa tidak kita adakan dialog dan perbincangan sahaja?
Mustahil orang yang ada kelulusan undang-undang tidak maklum tentang Perlembagaan Persekutuan. Mustahil seorang Timbalan Menteri KDN tidak tahu adanya peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan sekatan sedemikian.
Perkara 11 Fasal 4 Perlembangaan Persekutuan jelas:
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
MEMANG SUDAH ADA.
Takkan sebagai orang Melayu Islam dari Johor tidak tahu adanya Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama – Agama Bukan Islam 1991.
Sekatan-sekatan itu sudah ada, sebab itu saya berkata, dia ini tidak ketahuan. Sebab undang-undang untuk mengawal dan menyekat pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam sudah pun ada. JELAS.
Cuma persoalan kedua ialah apakah Nur Jazlan tidak tahu tentang ancaman gerakan evangelisme Kristian di Johor? Takkan sebagai Timbalan Menteri KDN dia tidak maklum bahawa di Johor sahaja sudah ada lebih 10,000 orang Melayu yang murtad masuk Kristian. Ini adalah pengakuan seorang paderi Kristian pada sekitar tahun 2009. Video pengakuan paderi tersebut masih tersebar di Youtube hingga ke hari ini.
Maklumat ini ada dalam rekod Polis. Dia sepatutnya bertanya dengan pegawai-pegawai di bawah Kementeriannya dahulu untuk tahu ancaman evangelisme sebelum membuat komen sembrono.
Pelampau evangelis Kristian telahpun menzahirkan niat mereka untuk merampas Johor. “Johor for Jesus”. Pelamapu evangelis Kristian telahpun berikrar untuk sanggup mati bagi mendapat bumi Johor. Dan mereka sudah juga berikrar untuk halau semua orang-orang Melayu Islam dari bumi Johor itu.
Kalau Nur Jazlan jawab bahawa tidak perlunya undang-undang “anti-evangelisme” yang baru kerana sudah ada peruntukan-peruntukannya – itu lebih memperlihatkan kebijaksanaan dalam jawapan seorang Timbalan Menteri KDN.
Yang menjadi masalah hari ini bukannya perlu ada undang-undang baru – tetapi isu kelemahan penguatkuasaan dan pendakwaan.
1 comment
18 June, 2017 at 6:49 pm
Nur Jazlan Tahu Atau Tidak Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang? – MediaLantang.Com
[…] Source link […]