Fahaman dan aktiviti sesat Liberalisme Ani Zonneveld nampaknya berterusan. Dia masih berterusan dalam zulumat. Masih belum puas dengan gerakan sesat Muslim for Progressive Values (MPV) berpusat di Los Angeles, dan mempunyai pengikut di Malaysia di bawah Komuniti Muslim Universal (KMU), kini melaksanakan aktiviti sesat terbarunya di Berlin pula [baca laporan Utusan di bawah].
Dalam pada umat Islam bersungguh melakukan ibadah mengejar Laylatul Qadr di akhir Ramadhan ini, ada pula golongan yang mengaku Islam tetapi lari dari cahaya Nur Islam ke kegelapan zulumat Liberalisme.
Kita doakan agar diri kita dan ahli keluarga kita terpelihara dari hasutan Liberalisme dan fitnah akhir zaman ini. Kita juga doakan semoga Allah memberi pertunjuk kepada mereka agar keluar dari zulumat.
Baca kumpulan sesat MPV di bawah pimpinan Ani Zonneveld – Liberal Yang Sesat – Terjemahkan Bacaan Selari Dalam Solat.
Baca juga: Imam-imam Wanita Liberal Sesat – Kenali Mereka
Baca seterusnya laporan Utusan:
Masjid di Berlin sebar fahaman Islam liberal
BERLIN 17 Jun – Agama Islam berdepan pelbagai ancaman baharu termasuklah penyebaran fahaman Islam liberal.
Terbaharu, sebuah masjid yang membenarkan lelaki dan wanita solat bersama-sama dibuka semalam di bandar ini serta turut mempunyai imam wanita.
Salah seorang imam wanitanya, Ani Zonneveld yang dilahirkan di Malaysia dilihat melaungkan azan di Masjid Ibn Rushd Goethe.
“Kami mahu menghantar mesej jelas melawan keganasan Islam dan penyalahgunaan agama kami. Kami mahu mengamalkan agama kami bersama-sama,” dakwa salah seorang pengasas masjid itu, Seyran Ates.
Ates, 54, merupakan seorang peguam dan aktivis hak wanita yang sering mempersoalkan amalan bersifat pantang larang atau taboo serta pernah menggesa revolusi seks dalam dunia Islam.
Ates berkata, beliau tidak akan membenarkan golongan konservatif agama menafikan hak beliau untuk menjadi seorang Muslim.
Menurut rakaman imej yang dikeluarkan, jemaah di masjid berkenaan solat secara bercampur antara lelaki dan wanita selain imam berucap dalam bahasa tempatan.
Malahan ada juga jemaah wanita yang memakai tudung dan tidak memakai tudung.
Di samping itu, tujuh orang pengasas masjid tersebut berkata, mereka bercadang mahu membuka dewan solat kepada semua golongan termasuk gay dan pengkid. – AFP
dipetik dari © Utusan Melayu (M) Bhd
2 comments
20 June, 2017 at 3:17 pm
Imam-imam Wanita Liberal Sesat – Kenali Mereka | Karim's Blog
[…] Seorang lagi imam wanita yang videonya kerap diviralkan kerana menterjemahkan bacaan solatnya ialah Jamila Ezzani di bawah Muslim for Progressive Values yang dipimpin oleh anak Melayu bernama Zuraini Binti Tan Sri Abdul Khalid atau nama glamer yang dia guna ialah Ani Zonneveld.[baca: Sungguh Tegar Kesesatan Liberalisme Ani Zonneveld] […]
20 June, 2017 at 6:11 pm
Liberal Yang Sesat – Terjemahkan Bacaan Selari Dalam Solat | Karim's Blog
[…] [baca: Sungguh Tegar Kesesatan Liberalisme Ani Zonneveld] […]