You are currently browsing the daily archive for 21 June, 2017.

Barangkali kita tidak perlukan satu undang-undang baru pun untuk mengekang penyebar-luasan gerakan evangelisme kerana terlalu banyak undang-undang sedia ada boleh disabitkan oleh pihak berwajib.

Namun sebelum kita cuba memperinci undang-undang yang boleh digunapakai ke atas ancaman para penggiat evangelis ini, biar kita teliti dahulu bahaya mereka terhadap kedaulatan negara.

[sumber: tanjak.my]

Apa maksud tekad evangelis yang dizahirkan menerusi ungkapan “the general will of God for all of us in Malaysia is to invade this nation with the Kingdom of God”.

Evangelis mahu menawan Subang/kota Kuala Lumpur/Johor, dll bagi Yesus demi mendirikan ‘kerajaan Tuhan (Kristian)’. [Kata-kata seorang pastor jemputan dari Jordan, Afeef Halasah, dalam satu majlis gereja di Petaling Jaya pada 31 Mac 2016] 

[baca juga: Menteri Ini Boleh Disiasat Di Bawah Seksyen 121D Kanun Keseksaan?]

Evangelis memupuk budaya mahu menakluk

Inpatinya, paderi Jordan – yang dipetik di atas – telah menyeru kepada evangelis untuk mendahulukan agama Kristian di tanahair kita (to fill Malaysia with God’s glory and to establish God’s kingdom in Malaysia).

Pada hakikat gejala “take Subang for Jesus” ini semakin mendalam dan melebar jangkauannya.

⇓  Hannah Yeoh penaung Subang Rally yang memaparkan cogankata ‘Subang for Christ
Puan Speaker Selangor Hannah Yeoh mengibaratkan dirinya “child of God”.

Hannah menggambarkan diri sebagai seorang anak yang patuh kepada perintah and ikhtiar ‘ayahanda’ supaya puak evangelis di Malaysia kelak “reclaim” (ambil kembali) asas-asas kerajaan.

God knew the desire of my heart to preach and serve Him. And He made it happen through my political office,” kata Adun DAP Subang Jaya itu dalam buku autobiografi beliau berjudul ‘Becoming Hannah’ (mukasurat 108)

Secara amnya, evangelis percaya bahawa:

the return of Jews to the Holy Land and the creation of the State of Israel in 1948 are mandated by Biblical prophecy. Many believe that the return of the Jews is a precondition of Christ’s Second Coming. Christian Zionists commonly believe that they should encourage the Jews to return…” — petikan dari buku ‘Sang Nila Utama and the Lion of the Judah’ [2015] karangan Iain Buchanan, (mukasurat 232).

[baca: Becoming Hannah vs. Sang Nila Utama and The Lion of Judah]

Poster di atas menjelaskan bahawa majlis doa dan upacara meraikan ulangtahun ke-50 ataupun sambutan jubilee emas oleh puak evangelis adalah berdasarkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu ‘Nations of the Golden Gate’.

Jubilee tersebut dianjurkan dengan niat mengorak langkah bagi menakluk Malaysia supaya Yesu boleh dimahkotakan (“preparing the way for the King of Glory restoring the Kingdom”).

Dalam hal ini kita ingin memastikan siapa ‘King of Glory’ itu?

Kenapa ingin melibatkan Malaysia – sebuah negara merdeka dan berdaulat – dengan penubuhan/pemulihan Kingdom of God’?

Apakah upacara berdoa dan sembahyang sedemikian tidak melanggar undang-undang negara?

Evangelis jenis Kristian yang fanatik

Amalan agresif dan provokatif dalam majlis doa dan sembahyang evangelis boleh disabitkan dengan Perkara 121, 121A, 121B, 121C dan 121D Kanun Keseksaan serta sekian banyak pelanggaran dalam Akta Hasutan 1948 termasuklah Sosma.

Dengan sebegini banyak peruntukan undang-undang sedia ada, ada sesetengah pendapat mengatakan kerajaan sepatutnya sudah boleh bertindak membuat tangkapan segera ke atas penjenayah agama ini.

Mengapa amalan Kristian mazhab evangelikal yang sedang bersemarak di Malaysia dikira berbahaya?

Jawapan ringkasnya evangelis adalah pelampau agama − penganut tegar yang amat yakin beserta akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mencapai tujuan ‘rapture’.

(Nota: Istilah ‘rapture’“according to some millenarian teaching the transporting of believers to heaven at the Second Coming of Christ”; ajaran alaf akhir zaman di mana umat Kristian Zionis akan diangkat naik ke syurga dengan sekembalinya Yesu ke bumi ini.)

Evangelis bukan macam penganut Kristian mazhab Katolik mahupun arus perdana Protestan. Evangelis ialah jenis pendakwah yang ingin kristiankan orang lain dengan apa cara sekalipun.

Mereka juga mahu menjajarkan (align) negara kita untuk selari dengan Israel. Matlamatnya ke arah kembalikan ‘Kingdom of Glory’ dan seterusnya Malaysia umpama kunci yang mampu membuka salah satu pintu daripada 12 Golden Gates towards Jerusalem.

Bagi evangelis Jerusalem berupa the City of God.

[baca juga: Mengapa Evangelis Kristian “GANAS” Gemar Dijemput Ke Malaysia?]

Hannah Yeoh: Building his Kingdom

“from one church to another! Praise the Lord”

Di kalangan evangelis yang terlalu taksub (sebut: fanatik), ada yang berani melanggar perundangan negara.

Mendakyah agama Kristian ke atas orang Islam adalah dilarang kerana ia melanggar Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Sepertimana kita tolak kumpulan agama yang melampau termasuk Isis/Daesh dan Al-Arqam, begitu juga kita perlu menolak gerakan evangelisme ini.

Sudah berkali-kali mereka diingatkan bahawa gelombang evangelisme bertentangan dengan Perkara 3 (1) yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Sikap ekstrim yang menyelubungi si evangelis tidak memungkinkan penganut agama lain berasa tenteram dan damai untuk mengamalkan agama masing-masing, di samping Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana disyaratkan dalam Perkara 3(1).

Malah pegangan dan perlakuan evangelis yang agresif pada lazimnya akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan rakyat.

Bekas presiden Hindu Sangam Malaysia, A. Subramaniam pernah menyatakan bahawa ancaman terbesar terhadap agama Hindu datang daripada gereja Tamil yang cukup petah memujuk rayu.

Christian First atau Malaysian First?

Lebih-lebih lagi, evangelis boleh dianggap mencabar kedudukan dan kedaulatan Yang Dipertuan Agong selaku ketua negara Malaysia.

Sesi doa dan sembahyang evangelis menyambut King of Glory. ‘Raja Kemuliaan‘ gilang gemilang yang dijulang mereka nyata bukan YDP.

Di samping itu, mereka berhasrat memulihkan the ‘Kingdom of God’.

Perkara 37 (sumpah jawatan Yang DiPertuan Agong) ialah untuk memelihara agama Islam sepanjang masa lantikan. Kegiatan evangelis yang berbaur pro-Zionis bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yang memartabatkan agama Islam.

Bukankan kata-kata sedemikian yang bersifat hasutan dan mencabar YDP?  Bukankah semua ini bertujuan melahirkan ketidaksetiaan kepada baginda selaku ketua negara dan Raja-Raja Melayu selaku ketua agama negeri-negeri?

Bagaimana pula rancangan ‘Johor for Jesus’ boleh dibenarkan dalam keadaan Johor mempunyai seorang Sultan? Lihat sajalah video derhaka ‘Johor for Jesus‘ seperti yang dibongkarkan di sini.

Malah, keadaan semakin meruncing apabila ada dakwaan berbukti mengatakan seorang menteri kabinet beragama Kristian pernah hadir dalam satu majlis angkat sumpah penubuhan ‘Christian city’ seperti dalam laporan berita portal Menara baru-baru ini.

Upacara sumpah yang dikatakan itu berlangsung di Hotel Red Rock Hotel, Pulau Pinang pada 5 Mei 2011. Menteri ini, melalui sumber lain pula, pernah dilihat bersama Dr Henry Pillai di dalam program yang mengangkat beliau sebagai Minister of Salt and Light yang merujuk kepada ayat di dalam kitab Bible buku Matthew 5:13-16.

Henry Pillai merupakan salah seorang daripada penceramah yang dijadualkan berkhutbah di dalam program ‘Jerusalem Jubilee’ di Melaka yang dibatalkan baru-baru ini. Kantoi dah!

Tak perlu tunggu sehingga lepas PRU14

Mengakhiri rencana, cukuplah kita sarankan kepada pihak berwajib: laksanakanlah amanah memelihara kedaulatan negara pimpinan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan pertahankanlah agama Islam sebagaimana yang dimandatkan oleh rakyat dalam PRU13.

Perkara ini tak wajar ditangguh sampai pasca-PRU14 kerana urusan agama mengatasi segala-galanya.

Tidak yakinkah kita dengan jaminan Allah bahawa jika kita membantu urusan (agama) Allah, maka kelak Allah SWT akan membantu kita dan meneguhkan kedudukan kita? (surah Muhammad, ayat 7)

Semoga hari-hari terakhir Ramadhan al-Mubarak akan membuka hati lalu memberi hidayah dan kekuatan kepada kita untuk berbuat sesuatu sebelum terlambat.

Jangan nanti terpaksa menjawab di hadapan Allah dan seluruh umat yang bersyahadah menjadi saksi atas kealpaan kita ….Na’uzubillahi min zalik!

Oleh Mohd Khairul Anwar

[baca: Dua Menara Berkembar Malaysia Mahu DiRUNTUHkan Oleh Pelampau Evangelis Kristian]

Advertisements

Maka semakin dekat dengan Raya, semakin orang kita zahirkan bahawa sebenarnya mereka sudah tidak kisah dengan GST. Lihatlah cara mereka berbelanja. Lihatlah mereka bazirkan dengan berdentum-dentum membakar wang ringgit.

[baca: Bantah GST! Tapi Apa Itu GST? … eerrr …]

Tidak memperduli kerehatan jiran tertangga. Setiap kali dentuman yang kuat akan ada pulak alarm kereta yang berbunyi. Sesetengah dentuman yang terlebih kuat ada pula alarm rumah berbunyi kerana gegaran yang terlalu kuat dirasakan.

Bukan sahaja mengganggu, ada pulak mangsa yang cedera sama ada akibat diri sendiri, tetapi yang lebih menyedihkan apabila akibat kerja orang lain.

Bacalah kes mercun bebola yang dibaling dalam bakul motorsikal awal Ramadhan lalu. [Hilang dua jari dibaling mercun] Tidak pasal-pasal orang lain jadi mangsa. Sepanjang hayat seorang yang mengharapkan mata pencariannya dari hasil kerja tangannya menderita bukan sahaja fisikal tetapi tidak lagi dapat lakukan satu-satunya usaha pendapatannya melalui pertukangan.

Orang-orang Cina pun terkejut melihat yang asalnya budaya mereka tetapi orang Melayu yang melebih-lebih membakar duit. Orang Cina pun terkejut kerana sebenarnya budaya mereka itu adalah untuk halau hantu. Tetapi orang kita main mercun macam hantu.

Tiada keperluan untuk orang Melayu membakar mercun dan membazir duit jika keluhanan harga barangan menjadi mahal kononnya akibat GST yang mereka sembang dan sembangkan. Malah di bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya inilah kita lagi nampak sebenarnya mereka banyak duit untuk dibazirkan.

Kita belum bercakap pasal hotel dan restoran penuh dengan orang berbuka puasa buffet Ramadadhan yang kebanyakkannya dengan harga yang tidak masuk akal untuk orang masih tetap melangganinya dalam keadaan yang dikatakan masyarakat merungut harga barang mahal.

Mereka hanya sibuk bermusim untuk Goods and Services Tax (GST) tapi mereka tidak pula kisah Gerakan Sesat Tauhid (GST yang satu lagi).

Posting dulu: Pembaziran Mercun dan Bunga Api Yang Tidak Berkesudahan

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

June 2017
M T W T F S S
« May   Jul »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 283 other followers

Tauhid