Maka semakin dekat dengan Raya, semakin orang kita zahirkan bahawa sebenarnya mereka sudah tidak kisah dengan GST. Lihatlah cara mereka berbelanja. Lihatlah mereka bazirkan dengan berdentum-dentum membakar wang ringgit.

[baca: Bantah GST! Tapi Apa Itu GST? … eerrr …]

Tidak memperduli kerehatan jiran tertangga. Setiap kali dentuman yang kuat akan ada pulak alarm kereta yang berbunyi. Sesetengah dentuman yang terlebih kuat ada pula alarm rumah berbunyi kerana gegaran yang terlalu kuat dirasakan.

Bukan sahaja mengganggu, ada pulak mangsa yang cedera sama ada akibat diri sendiri, tetapi yang lebih menyedihkan apabila akibat kerja orang lain.

Bacalah kes mercun bebola yang dibaling dalam bakul motorsikal awal Ramadhan lalu. [Hilang dua jari dibaling mercun] Tidak pasal-pasal orang lain jadi mangsa. Sepanjang hayat seorang yang mengharapkan mata pencariannya dari hasil kerja tangannya menderita bukan sahaja fisikal tetapi tidak lagi dapat lakukan satu-satunya usaha pendapatannya melalui pertukangan.

Orang-orang Cina pun terkejut melihat yang asalnya budaya mereka tetapi orang Melayu yang melebih-lebih membakar duit. Orang Cina pun terkejut kerana sebenarnya budaya mereka itu adalah untuk halau hantu. Tetapi orang kita main mercun macam hantu.

Tiada keperluan untuk orang Melayu membakar mercun dan membazir duit jika keluhanan harga barangan menjadi mahal kononnya akibat GST yang mereka sembang dan sembangkan. Malah di bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya inilah kita lagi nampak sebenarnya mereka banyak duit untuk dibazirkan.

Kita belum bercakap pasal hotel dan restoran penuh dengan orang berbuka puasa buffet Ramadadhan yang kebanyakkannya dengan harga yang tidak masuk akal untuk orang masih tetap melangganinya dalam keadaan yang dikatakan masyarakat merungut harga barang mahal.

Mereka hanya sibuk bermusim untuk Goods and Services Tax (GST) tapi mereka tidak pula kisah Gerakan Sesat Tauhid (GST yang satu lagi).

Posting dulu: Pembaziran Mercun dan Bunga Api Yang Tidak Berkesudahan