Tulisan Jenayah Seks dan Vatican Nampaknya Tidak Berkesudahan semalam bukan tujuan untuk memberi gambaran bahawa Kristian Katolik, yang tokoh agama mereka tidak boleh kahwin, sahaja yang terlibat dengan jenayah seks. Tokoh-tokoh Kristian Protestant termasuk yang evangelis pelampau pun sama sahaja.

Saya senaraikan sebahagian (sebahagian sahaja) tokoh-tokoh besar Protestant yang pernah dilaporkan oleh media.

1. Jimmy Swaggart.

Ini tokoh yang pernah berdebat dengan Almarhum Ahmad Deedat pada tahun 1986 di Amerika Syarikat. Swaggart adalah pengasas Jimmy Swaggart Ministries dan  Jimmy Swaggart Bible College (World Evangelism Bible College, or WEBC) juga bersama dengan Assemblies of God. Mempunyai pengikut yang ramai dan rangkaian siaran TV (Sonlife Broadcasting Network – SBN) yang disiar di 74 saluran TV seluruh pelusuk dunia serta telah menulis lebih 20 buah buku Kristian.

Swaggart pernah ditangkap pada tahun 1989 kerana beberapa kesalahan trafik termasuk memandu dalam keadaan mabuk. Ketika ditahan dia bersama dengan seorang pelacur.

2. Ted Haggard

Seorang bekas pastor di New Life Church, Colorado Springs, Colorado, kemudian memulakan gereja sendiri Association of Life-Giving Churches dan pernah mengetuai National Association of Evangelicals (NAE). NAE adalah pertubuhan gabungan 45,000 buah gereja dengan ahli mencapai 30 juta.

Skandal dia dengan pelacur lelaki (gay) dan dadah terdedah pada tahun 2006. Dan itu adalah permulaan kepada beberapa pendedahan yang lain.

3. Marcus Lamb

Lamb adalah seorang Pentacostal dan menjadi President dan CEO Daystar Television Network, rangkaian Kristian kedua terbesar di dunia dengan 90 stesen TV yang mencapai 100 juta rumah di Amerika Syarikat. Kisah skandal dengan tiga orang wanita pekerja di gerejanya terdedah pada tahun 2010.

4. Jim Bakker

Bakker adalah dari Assemblies of God dan pengasas Praise the Lord (PTL) dihadapkan ke mahkamah dan dihukum penjara atas pelbagai kesalahan termasuk membayar seorang pekerja gereja USD350,000 untuk menyembunyikan hubungan sulit mereka.

Ketika skandal ini terdedah, pada tahun 1988, dia bersama isterinya Tammy Faye, berada pada kemuncak dengan pusatnya, Heritage USA,  berkeluasan 2,200 ekar bagaikan suatu resort.

5. Tullian Tchividjian

Cucu kepada televangelis terkenal Billy Graham yang juga mempunyai “megachurch”di bawah Presbyterian Church of America turut terlibat dengan skandal seks. Paderi Tchividjian terpaksa meletak jawatan selepas mengaku terlibat skandal dengan isteri orang lain. Asalnya mangsa pergi berjumpa paderi tersebut untuk nasihat agama tetapi berakhir dengan paderi tersebut mengambil kesempatan meniduri isteri orang.

Hinggakan majalah Kristian “World” menerbitkan satu artikel “Why so many scandals” – seolah-olah memperakui gejala dan masalah skandal seks dalam gereja melibatkan tokoh-tokoh ternama evangelis mereka sendiri.

Ramai lagi. Malah CNN pernah menyiarkan satu rencana “Famous pastor scandals” menyenarai tujuh orang tokoh agama Kristian dengan pelbagai skandal.

Satu portal DailyBeast pernah menyiarkan satu rencana bahawa bukan isu adanya paderi Kristian terlibat dengan skandal, tetapi berapa ramaikah yang terlibat dengan skandal seks – “The Real Christian Preacher Sex Scandal Is How Many There Are

Mana perginya slogan “righteousness” lah yang mereka laung-laungkan? Mereka asyik bercakap tentang moral tinggi “Unashamedly Ethical” – apakah mereka hanya tuduh orang lain sahaja dan apabila kena kepada evangelis-evangelis mereka sendiri mereka cuba sembunyikan?

Baca lagi yang berkaitan:

Advertisements