Apabila mendengar fitnah dan hasutan Rafizi memang ada orang yang mudah percaya.
Sebenarnya mendengar dan percaya dengan hasutan Rafizi tidak membuat kita lebih cerdik.
Malah, orang-orang yang cerdik tidak dengar dan terpengaruh dengan fitnah dan hasutan Rafizi.
Orang yang percaya dengan Rafizi sudah pasti akan mengeluh besar pada bulan ini kerana harga runcit minyak petrol sudah mencecah RM2.70 bagi RON95.
Tetapi orang yang cerdik tidak percaya dengan hasutan Rafizi, dan mereka adalah orang yang nyata bersyukur dengan harga runcit yang turun jauh lebih rendah dari apa yang Rafizi hasutkan.
Rafizi mengatakan bahawa rizab Tabung Haji sudah negatif dan tidak cukup untuk bayar balik simpanan rakyat, maka 3,954 pendeposit yang tidak cerdik berebut keluarkan simpanan mereka.
Orang yang cerdik tidak percaya dengan fitnah Rafizi, dan mereka nyata adalah orang yang bersyukur kerana mendapat dividen/bonus sehingga 8%.
Itulah dua contoh bezanya orang yang kurang cerdik dengan orang yang cerdik dan bersyukur.
Semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang cerdik dan bersyukur. Bijak membuat penilaian mana cerita dogeng dan hasutan mana pula yang sebenarnya fakta yang nyata.
3 comments
1 July, 2017 at 2:49 pm
Siri Hasutan Rafizi – Orang Yang Cerdik Tidak Dengar – MediaLantang.Com
[…] Source link […]
10 August, 2017 at 1:02 pm
Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor | Karim's Blog
[…] [baca: Rafizi – Orang Yang Cerdik Tidak Dengar] […]
11 December, 2017 at 10:06 pm
Trump Mengamuk Buat Perangai Nak Main Bola Lantun | Karim's Blog
[…] [baca: Siri Hasutan Rafizi – Orang Yang Cerdik Tidak Dengar dan Rafizi Anak Emas PKR Tidaklah Cerdik Mana Pun] […]