Ada media melaporkan bahawa ikan Buntal Pisang (Tetraodon lunaris) dijual bahagian filetnya sebagai gantian (kerana harga jauh lebih murah) kepada isi ikan tenggiri di beberapa lokasi di utara negara.

Jika tidak hati-hati, ini sangat merbahaya kerana terdapat kandungan racun di dalam ikan ini yang lebih maut daripada racun sianida (cyanide).

Hanya dengan 25gm racun ini (Tetrodotoksin – TTX) boleh membawa maut dalam beberapa jam. Racun ini terdapat di dalam beberapa bahagian dalaman ikan tersebut. Bahagian isinya selamat dimakan, namun kerumitan ketika menyiang bagi mengasingkan bahagian beracun itu memerlukan kepakaran dan ketelitian.

Semoga kita lebih berhati-hati dan dilindungi dari mereka yang ingin keuntungan yang lebih secara begini.