Seorang Monsignor di Vatican yang bakal dilantik sebagai Bishop ditangkap kerana menganjurkan pesta seks liar gay di kedimannya di kota Vatican. Paderi/Monsignor yang tidak dinamakan itu adalah setiausaha kepada  Cardinal Francesco Coccopalmerio, penasihat peribadi Pope Francis.

Akhbar pertama yang melaporkan ialah harian Itali, Il Fatto Quotidiano (Fakta Harian), pada 28 Jun 2017. Sehari dua ini kebanyakan media utama antarabangsa telah pun turut membuat laporan tersebut. Kita tidak akan merasa hairan jika portal berita popular pro-pembangkang dan mesra Kristian tidak melaporkan berita-berita seperti ini. Mereka hanya cepat mensensasikan berita yang mengutuk Islam dan umatnya.

Pendedahan terbaru ini menambahkan lagi senarai jenayah seksual dan kegilaan seks yang meluas di kalangan paderi dan pimpinan gereja seluruh dunia. Baru minggu lepas seorang yang amat kanan di Vatican, Cardinal George Pell didakwa dengan pelbagai jenayah seks di Australia – baca: Jenayah Seks dan Vatican Nampaknya Tidak Berkesudahan

Baca lagi yang berkaitan: