LAGI BUKTI KRISTIANISASI DAP: BUKAN SAJA HANNAH YEOH, TETAPI STEVEN SIM DAN JOSHUA WOO JUGA ADALAH EVANGELIS TEGAR!

dipetik dari FB: Dr. Kamarul Zaman Yusoff

Sudah agak lama saya tidak memberikan sebarang komentar mengenai isu Kristianisasi di dalam parti-parti politik, khususnya DAP. Ini kerana saya menunggu hasil siasatan pihak polis terhadap laporan saya ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, selain hasil siasatan pihak polis terhadap laporan saya ke atas Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, selesai.

Bagaimanapun, apabila dirujuk kepada pegawai penyiasat, saya dimaklumkan bahawa siasatan masih belum selesai dan akan mengambil sedikit masa.
Dalam pada itu, seorang pemimpin DAP Pulau Pinang bernama Joshua Woo Sze Zeng, seorang bekas pegawai khas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai yang baru dilantik bagi sesi 1 Januari 2017-31 Disember 2017, kelihatan terus-terusan membela DAP dan menghentam saya, selain Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin, di dalam pelbagai media di atas tulisan kami dalam isu Kristianisasi.

Selain provokasi di dalam media sosial, tulisan Joshua Woo turut diterbitkan oleh beberapa buah portal berita seperti Malay Mail Online dan Free Malaysia Today, antaranya adalah yang bertajuk “Three Things About ‘Evangelicalism’ Malaysians Should Know” pada 17 Jun, “CENTHRA’s Fondness To Scapegoat Evangelicalism” pada 4 Julai dan “I Will Quit DAP If It Is A Christian Party” pada 6 Julai. Melalui tulisan beliau ini, Joshua Woo cuba menggambarkan kononnya saya, selain Azril, jahil mengenai Kristianisasi dan DAP kononnya tidak terbabit dengan aktiviti ini.

Di dalam tulisan beliau pada 17 Jun, Joshua Woo umpamanya menyifatkan saya, selain Azril, sebagai “religious illiterate” dengan menyebut: “The controversy surrounding the “Jubilee Jerusalem” events, “Christian Dominionism,” and “Evangelicalism” has once again proved the poor level of religious literacy in general and inter-faith understanding in particular in the country. Turut disebut ialah: “Evangelicalism” is not an ideology about domineering the world, or support present-day Israel, or convert Muslims, or all of these combined.”

Di dalam tulisan beliau pada 4 Julai pula, Joshua Woo cuba memisahkan “local Christians” dari insiden pemelukan agama Kristian di Malaysia dengan menyebut: “In the present information age, people have easy access to knowledge of all religions. We can read up on the Internet or books, or watch online videos or listen to podcast to learn about whichever religion that we are curious about.” Tambah beliau: “Fault(ing) the local Christians’ propagation work as the cause of Muslims’ conversion seems to be an attempt to scapegoat the local Christians.”

Seterusnya, di dalam tulisan beliau pada 6 Julai, Joshua Woo melabelkan saya, dan mungkin juga Azril, sebagai “ignorant” dengan menyebut: “The allegation that DAP is a Christian political party or has a “Christian agenda” is the product of dual ignorance: ignorance of the party’s vision and political framework, and ignorance of how Christians relate to political activism. It is all the more surprising when such ignorance is displayed by university lecturers and directors of institutes and organisations that specialise in political analysis.”

Tulisan terbaru Joshua Woo ini memaksa saya memeriksa tulisan yang pernah beliau hasilkan selama ini bagi mencari sebab mengapa beliau kelihatan bersungguh-sungguh menghentam saya, selain Azril. Hasil pemeriksaan saya ini agak mengejutkan kerana rupa-rupanya beliau pernah menghasilkan dua buah buku yang diterbitkan di Singapura pada tahun 2011 (bertajuk “The Bible and the Ballot: Reflections on Christian Political Engagement in Malaysia”) dan pada tahun 2014 (bertajuk “The Gospel, Sociopolity, and Malaysian Society”).

Tertera dalam nota editor buku “The Gospel, Sociopolity, and Malaysian Society” ini pengakuan bahawa evangelis di Malaysia menekankan penglibatan politik sejak Pilihan Raya Umum 2008: “Since the 2008 General Elections, Malaysian evangelicals have embraced political involvement as an integral part of their mission while still remaining committed to the more traditional concerns for prayers and evangelism. For the first time in Malaysian history all segments of the Malaysian church are now committed to political involvement.”

Gesaan supaya gereja melibatkan diri di dalam politik turut ada di dalam blog beliau pada 17 Julai 2009 (Theology, Pulpit, And Socio-Polity): “I think the pulpit can and should be the avenue to preach on socio-political issues. Pulpits that have nothing to do with socio-political issues is denying Christ as the authority above all powers and principalities. And an apathetic pulpit is Christ-less.” Ia juga ada di dalam blog beliau pada 16 Oktober 2011: “The Church should not float above politics… The Church does not and should not be above politics”.

Menariknya, Joshua Woo, di dalam buku ini, walaupun menyebut “whether a country is a ‘Christian nation’ or not is merely a matter of lebelling”, “it says nothing about the state of the country” dan “hence it is out of mere ignorance when certain anti-Christian groups accuse Christian citizens of wanting to turn Malaysia into a ‘Christian nation’”, juga mengaku bahawa mungkin ada kumpulan Kristian yang berhasrat begitu: “Perhaps there are indeed Christian groups that harbour such desire (to turn Malaysia into a ‘Christian nation’)”.

Lebih menarik lagi ialah Joshua Woo, di dalam buku ini, memperkenalkan diri beliau sebagai seorang paderi: “A Presbyterian preacher, council member of the Synod Youth Council of the Presbyterian Church in Singapore, and part of the editorial committee of the denominational newsletter The Presbyterian Express”. Bahawa beliau seorang paderi dan evangelis turut diakui di dalam blog beliau pada 19 Julai 2012 (How To Decide Which (Pastoral?) Job To Take?) pada 30 Mei 2013 (My Experience With A Localized Face To Faith Program).

Dedah beliau di dalam blog beliau pada 4 Mei 2015 (A Word On Church Growth Methods), matlamat Kristian adalah menjadikan setiap orang penganutnya: “Christianity is a missionary faith. It aims to make everyone into Christ’s disciples. Thus, numerical growth is a major characteristic of the faith since its beginning. All believers are to share the gospel to everyone they know in order to increase kingdom membership. It is not difficult to achieve numerical growth because there are time-proven methods that guarantee increased membership.”

Dedah beliau di dalam blog beliau pada 2 Mac 2015 (A Response To Islamic Information & Services Foundation’s Distribution Of Translated Quran) pula, Qur’an yang diedarkan secara percuma oleh Institut Kefahaman Islam (IKIM) perlu diambil oleh penganut Kristian bagi tujuan evangelical (for evangelical purpose). Tegas beliau: “Reading other religious texts help us to understand how best to communicate with the religious others when we share our perspective of Christianity. Besides facilitating mutual understanding, it also enables us to introduce our faith to them with illustrations and analogies that are relevant to them.”

Tambah beliau lagi, penganut Kristian tidak perlu menolak dari menggunakan dana yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menyebarkan Islam untuk kerja evangelisasi dan pembinaan keamanan Kristian: “Christians should not shy away from making use of the state’s designated funds for Islamic proselytisation for our own Christian evangelisation and peace-building work. If they distribute free Quran, we take and learn it. If they give out Islamic theological books, we include them in our seminaries’ library for research. If they have funds for further education in Islamic Studies, we take it and gain expertise in the field.”

Pendirian Joshua Woo terhadap sekularisme juga sangat menarik. Di dalam blog beliau pada 10 Januari 2010 (Secular & Non-Secular Polity Vis-A-Vis Inter-Religious Relation), beliau menyatakan Malaysia tidak pernah menjadi sebuah negara sekular (Malaysia has never been a secular state). Di dalam blog beliau pada 1 September 2010 (Secularists Are Often Clueless About The Real World) pula, beliau menghentam teruk golongan sekular dengan menyifatkan mereka “basically ignorant of the basic characteristic and nature of contemporary modern politics, including the one–secularism–which they are dedicated to propagate” dan dengan menggesa mereka “to come out from their coconut husk”.

Hakikat bahawa Joshua Woo melihat politik dari sudut keagamaan juga terlihat di dalam cara beliau mengaitkan Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 dengan ajaran agama Kristian. Tulis beliau di dalam blog beliau pada 7 Mac 2008 (Today’s Friday, Tomorrow’s Saturday, & SUNDAY Is Coming!), sehari sebelum hari pengundian: “I’ve just arrived home this morning for tomorrow. Not a mere ‘tomorrow’ as in a particular event which is taking place tomorrow, namely the national election. But for the ‘tomorrow’ which Jesus saw, which His disciples experienced, which Malaysia desperately need and deprived of.”

Apa pun, pendedahan beliau mengenai Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, yang beliau sifatkan di dalam blog beliau pada 3 September 2009 (TTC’s Day Of Prayer 2009) sebagai “is always around”, pada 23 November 2009 (Friedrich Ebert Stifung Conference In Penang) sebagai “a Christian” dan pada 12 November 2014 (Faith, Reason, And Feminist Movement: Letter To Boo Su-Lyn) sebagai “my very good friend”, adalah jauh lebih menarik. Ini kerana beliau memperkenalkan Steven Sim di dalam blog beliau pada 31 Disember 2005 sebagai seorang pendakyah Kristian, atau lebih tepat, “a missionary (or missionary pastor to be) who just got back from a mission conference in Africa”.

Malah, Joshua Woo mendedahkan di dalam blog beliau pada 3 November 2009 (Here And There) mengenai betapa beliau menghabiskan satu minggu untuk mengarang bersama Steven Sim “a theological response towards Malaysia’s 2010 Budget”. Sesuai dengan namanya, tulisan yang disiarkan di dalam laman web The Micah Mandate pada 4 November 2009 ini mengulas kandungan Bajet Malaysia 2010 dari sudut keagamaan, iaitu agama Kristian. Selain diselang-selikan dengan petikan dari Bible, tulisan ini mempersoalkan keistimewaan sosio-ekonomi dan politik Bumiputera: “We are still seeing racial categorization in our economy. Malaysians are still divided into Bumiputera and non-Bumiputera, with the former accorded certain socio-economic and political privileges such as quotas and special subsidies.”

Turut disebut di dalam ulasan ke atas kandungan Bajet Malaysia 2010 ini adalah keperluan untuk gereja bukan sahaja mencari rekrut, tetapi turut terlibat dalam politik secara praktikal: “Our reaching out has been restricted to “reaching out to bring ’em in”, our evangelism, proclaiming of the good news, has been restricted to holy club recruitment drives. With many Christians taking up the challenge of participation rather than isolation, especially in the arena of politics, it is crucial for the Church to be able to bless their endeavors not merely with words and prayers, but also by theological praxis (actions/practices).”

Joshua Woo juga mendedahkan di dalam blog beliau pada 12 November 2014 (Faith, Reason, And Feminist Movement: Letter To Boo Su-Lyn) mengenai betapa, sejak terlibat di dalam politik dan menjadi Ahli Parlimen, Steven Sim menjadikan kesaksamaan gender salah satu keutamaan beliau, termasuk di dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai, dan betapa ini diasaskan kepada ajaran Kristian: “When I ask him what inspires his activism for gender equality, without hesitation he replies that it is the “Jewish prophetic tradition” mirrored through the life of Jesus Christ. In particular, the passage of Micah 6:8, “[W]hat does the Lord require of you? To act justly and to love mercy and to walk humbly with your God.” Here is someone whose advocacy for equality is based on the Christian tradition.”

Saya sebenarnya cukup pelik dengan cara Joshua Woo cuba berlagak sebagai pakar dalam bidang agama Kristian walhal sewaktu belajar selama tiga tahun di Trinity Theological College, Singapura, dahulu beliau mengaku beliau hanya mendapat gred rendah yang menyebabkan beliau tidak dapat memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ini terkandung di dalam blog beliau pada 20 Januari 2011 (Second Year, Second Semester): “And due to that my overall grade is affected. I got comments that my assignment had no theological reflection, empirical support, etc. Now I can’t even apply for postgraduate studies as my grade doesn’t meet the minimal requirement (which I was told is B+).”

Begitu juga dengan cara beliau mewarwarkan diri beliau sebagai “an alumni of Cambridge University’s Inter-Faith Programme” walhal program itu hanya mengambil masa selama tiga minggu sahaja berbanding pengajian selama tiga tahun dengan gred rendah beliau di Trinity Theological College, Singapura, yang tidak pula diwarwarkan. Kisah beliau di Cambridge University ini ada di dalam blog beliau pada 31 Disember 2013 (Gratitude For 2013): “I received scholarship from Cambridge University to attend their summer school on inter-faith issues. It was a great experience to study at one of the top universities in the world. I vividly remember the moment I first saw Cambridge on the bus. My heart was filled with so much joy that I couldn’t stop thanking God for the opportunity. David Ford, the Regius Professor of Divinity, gave me a ride to the Madingley Hall, where the program was held. Jews, Christians, and Muslims spent 3 weeks learning, engaging, eating, and living together.”

Turut tidak diwarwarkan adalah hakikat betapa Joshua Woo menghabiskan masa selama 12 tahun di Singapura, 5 tahun daripadanya bekerja di sebuah institusi Kristian (ORTV), 3 tahun daripadanya belajar di sebuah institusi pengajian tinggi Kristian (TTC) dan entah berapa tahun daripadanya menjadi paderi di sebuah gereja Kristian (TPC). Turut tidak diwarwarkan adalah hakikat betapa Joshua Woo sering memuja pemimpin Singapura, terutamanya Lee Kuan Yew, malah menyambut jubli emas Singapura, dan mengeji pemimpin Malaysia (lihat antaranya di dalam blog beliau pada 10 Februari 2008 (Why Can’t Both?), pada 30 Oktober 2014 (SG50 And Christianity’s Jubilee), pada 9 April 2015 (Michael Barr Twisting Lee Kuan Yew’s Words?) dan pada 12 Ogos 2015 (Back To Singapore During SG50 Weekend).

Nota: Sebelum menjadi Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim adalah bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, dan bekas Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai sebagaimana Joshua Woo adalah bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, dan sekarang adalah Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Advertisements