You are currently browsing the daily archive for 8 July, 2017.

PALSU – AWAS!

Tolong jangan tularkan. Henti pada anda. Hantar balik mesej itu kepada pengirimnya untuk tuntut supaya pengirim itu hantar balik kepada pengirim asal.

Mesej berkaitan kenapa bencana berlaku pada 26hb – dan diberikan petikan kononnya ayat Al Quran dari Juz 26 – sebenarnya itu adalah ayat BIBLE.

Saya menulis ini kembali setelah memaklumkan hal ini sebelum ini kerana masih saya terima mesej yang sama ditular dalam dua grup Whatsapp berasingan hari ini. Saya telah jawab sebelum ini – Mesej Diviralkan Banyak Bencana Berlaku Pada 26hb Kononnya Kerana Ayat Dalam Juz 26 Al Quran

Semasa gempa di Nepal dahulu pun mereka tular mesej palsu yang hampir sama – Gempa Nepal: Kita Sebar Whatsapp Dakyah Kristian?

Ayat kononnya dari Juz 26 itu: “sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat” sebenarnya dari Bible Hagai 2:6.

Begini antara variasi mesej yang kerap di tular. Tolong jangan tular lagi lain kali.

**********************

Kenapa Tsunami di Aceh, Gempa Bumi di serata dunia Selalu Allah jadikan pada tarikh DUA PULUH ENAM HARIBULAN !! Jawapan ini akan buat anda INSAF !!

Assalamu’alaikum…

Satu fakta angka angka yg menarik untuk kita fikirkan :

Adakah kita sedari…???
Acheh
Tsunami
26-12-2004,
Jogja
Gempa
26-05-2006
Tasik, Jawa Barat
Gempa
26-06-2010
Gunung berapi
Meletus
26-10-2010
Jambatan Tenggarong
Samarinda, Indonesia
Runtuh
26-09-2013
Bulan lalu pada tarikh 26 Okt.
Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan “Rumah Nya” di Manila untuk digntikan dgn shopping mall!!
Mengapa semua ini berlaku pada tarikh 26hb
Adakah ini satu kebetulan??
Bukalah dan bacalah
Al-Quran Juzuk ke: 26
Allah SWT telah berfirman, Mafhumnya:
“sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat”.
Biar mereka semua tahu bahawa Mu’jizat Allah itu ada !!!
Jika sudi..
Sampaikanlah kepada hamba Allah yg lain.. wallahua’lam  ..
Ternyata Cuma 1.5 jam⌚ saja Umur Kita hidup di DUNIA 🌎 ini.
🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱
Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur’an sebagai sumber kebenaran absolute
🔎 1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
🔎 24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
🔎 3 jam akhirat = 125 tahun dunia
🔎 1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia.
Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja.
Patutlah kita selalu diingatkan tentang masalah waktu. ⌛⏰
Allah berfirman : “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)”
Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalann hidup kita ini.
Kuatkan fikir akhirat
Kerana dunia ni
Tempat kita nak tinggalkan
Fokus akhirat
Itulah tempat kita nak hidup seterusnya
PERINGATAN INI
REMINDER INI
untuk diri saya sendiri.
Mayat orang Islam yang tidak sembahyang pada 1000
tahun dulu masih diseksa sehingga kini.
Allahuakbar! 1 waktu kita tinggalkan solat bersamaan 8000 tahun seksaan neraka. Jika kita sehari 5 waktu x solat?
5 x 8000 = 40 000 tahun.
Subhanallah.. 😫😭
_*La illaha illaj Allah*_,
_*Muhammadu Rasulullah*_

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Kira-kira 50 orang daripada keturunan Wan Ngah Wan Mohd Ali singgah beraya di kediaman anaknya, Allahyarham Wan Abdul Razak di Kampung Binjai Bongkok, Bukit Payung, Marang, di sini, sempena sambutan Aidilfitri.

Dalam pertemuan mesra itu, mereka mengadakan majlis tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Kemaman, Dr Mat Noh Karim untuk disedekahkan kepada ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.

Seorang ahli keluarga, Karim Omar yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), berkata Wan Ngah yang berasal dari Kampung Aur, bandar Kuala Terengganu berpindah ke penempatan di hadapan Masjid Raja Bukit Besar, pada awal 1950-an.

Katanya, beliau yang meninggal dunia pada 1970 adalah adik ipar bekas Menteri Besar Terengganu pada 1940-an, Datuk Jaya Perkasa Da Omar Mahmud.

“Keluarga besarnya kini terdiri daripada lebih 300 orang yang menetap di seluruh negara. Wan Najmi, anak bongsu Wan Ngah, kini berumur lebih 77 tahun, adalah satu-satunya anak yang masih hidup,” katanya.

Isteri Allahyarham Wan Abdul Razak, Atikah Ibrahim, 72, berkata beliau amat gembira dengan kunjungan sanak-saudara yang datang dari jauh dan dekat, untuk bertanya khabar.
“Bayangkan, 12 kereta tiba-tiba muncul serentak di pekarangan rumah dan buat seketika keadaan menjadi riuh-rendah dengan gelak ketawa. Saya pasti rindu saat begini selepas ini,” katanya.

Jumaat, 7 Julai 2017 – 9:38PM

Oleh Wan Jailani Razak wanjai@bh.com.my

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

July 2017
M T W T F S S
« Jun    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 265 other followers

Tauhid