Semenjak pendedahan demi pendedahan yang dibuat berkaitan ancaman dan bahayanya gerakan Kristian Dominionism dan Kristian Zionis, ramai gerakan gereja cuba menjarakkan diri mereka dari istilah dominionism dan zionism.

Kristian evangelis cuba mengelakan diri mereka dikaitkan dengan gerakan itu. Kononnya mereka tidak terlibat dalam kelompok tersebut. Ada juga sesetengah mereka ini secara individu mahupun pertubuhan gereja cuba memberi gambaran mereka bukan mempunyai hasrat untuk menawan negara dan mengadakan hubungan dengan Israel.

Sudah nampak dalih dan helah mereka apabila tembelang perancangan mereka sudah semakin diketahui ramai. Orang Islam sudah semakin jelas bahawa Kristian evangelis memang mempunyai hasrat untuk menawan negara ini sebagai suatu misi yang mesti dilaksanakan sebelum kedatangan Jesus (Jesus Second Coming). Hanya selepas Tanah Air ini tunduk kepada kerajaan Kristian (Kingdom of God) sebagai laluan untuk hubungan ke Israel (pathway of God for Israel).

Cakap mereka sukar untuk dipegang. Mereka sentiasa berdalih dan mengelat dengan memberi pengertian lain sebalik apa yang mereka maksudkan sebenarnya. Mereka tidak akan mengaku perancangan mereka untuk menakluki kerajaan dengan “Kingdom of Glory” dan cuba mengatakan itu adalah perancangan kumpulan Kristian lain kononnya tiada kaitan dengan mereka.

Sila baca pendedahan lanjut penulis Mr. Iain Buchanan berhubung Christian Dominionism dan Zionism dalam bukunya “Sang Nila Utama and the Lion of Judah

Untuk tempah buku: KLIK

Advertisements