Ya, kini Al Quran diputar belitkan untuk diguna sebagai alat dakyah Kristianisasi oleh pelampau evangelis. Mereka dilatih secara khusus untuk pilih-pilih ayat yang akan mereka guna untuk menarik orang-orang Islam yang lemah iman dan cetek ilmu agama mereka.

Telah banyak yang saya dedah berhubung pelbagai tipu helah evangelis Kristian dalam dakyah mereka kepada orang-orang Islam. Bolasepaknya, pameran buku Logos Hope, kontekstualisasi dan pelbagai lagi. Tetapi sesekali akan ada orang Kristian yang tidak puas hati dan mencabar kesahihan pendedahan saya.

Saya sudah cakap banyak kali, bahawa segala pendedahan yang saya buat ialah dari bahan bacaan evangelis Kristian sendiri. Majalah-majalah mereka, pelbagai journal, buku-buku missionari – semua ini bahan gerakan evangelis antarabangsa – dalam koleksi saya – mereka tidak berselindung dalam strategi mereka. Cuma evangelis di Malaysia ini sahaja – mereka cuba hendak sembunyi buat-buat tidak tahu.

Saya kerap katakan bahawa jika kita tangkap penjenayah yang hendak pergi merompak – mereka tidak akan mengaku bahawa mereka hendak pergi merompak.

Berbalik kepada tajuk di atas, evangelis Kristian dilatih untuk mengguna ayat-ayat terpilih dalam Al Quran untuk dakyah mereka. Bukti saya bukan sekadar buku, tetapi saya ada manual latihan (training manual) dari beberapa institusi latihan mereka. Saya juga ada koleksi “training slides” bersekali dengan nota panduan pengajar (dalam MS-Word) untuk slides tersebut bagi kursus/latihan evangelis. Bukan satu … banyak dan pelbagai. Bagaimana saya dapat – itu kerja saya.

Sebab itulah evangelis Kristian memang tidak senang dengan pendedahan-pendedahan yang saya lakukan.

Saya petik empat keping slides (tidak mengikut susunan slide asal mereka) yang ingin saya kongsikan kali ini – berkaitan bagaimana mereka mengguna dan memilih ayat Al Quran.

Slide 1:

Ini adalah 6 kaedah pendekatan mengguna Al Quran dalam evangelisme. Antaranya, ayat Al Quran diguna untuk melengkapkan maksud dalam Bible dengan memberi pengertian lain kepada ayat tersebut bagi menyeleweng.

Slide 2:

Al Quran diguna bagi menjambatani (bridging) halangan dalam mendekati orang Islam. Orang Islam yang awam tidak senang bila diajak bincang dengan berpandukan Bible. Ini suatu halangan. Maka ayat Al Quran diguna sebagai permulaan SAHAJA – untuk kemudian mereka beralih kepada Bible (BUT we don’t stay on bridges… they are temporary).

Slide 3:

Dalam usaha mendekati mangsa murtad, pendakyah evangelis (mereka ini tidak semesti seorang paderi yang rasmi atau seumpamanya – mungkin rakan sekerja yang berbaik-baik dengan mangsa tetapi mempunyai niat terselindung) akan kononnya menunjuk minat tentang Al Quran. Antara pembuka bicara ialah minta mangsa terangkan ayat-ayat yang mereka sudah pilih untuk timbulkan polemik.

Slide 4:

Selepas dapat menimbulkan persoalan dan keraguan kepada mangsa – mereka akan mula mengeluarkan ayat-ayat Bible yang ada kaitan dengan persoalan yang mereka timbulkan. Dari sini mereka mula menarik mangsa dengan tipu helah kepada mereka yang cetek ilmu agama.

[saya tahu – persoalan yang akan timbul dari kumpulan yang menerbit/mengguna bahan ini ialah “bagaimana saya dapat bahan sebegini?“]

Pendedahan yang berkaitan: Dakyah Kristianisasi Mengguna Ayat-ayat Al Quran Untuk Menipu dan Mempengaruhi Orang Islam

Baca juga: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad

dan: Melayu Murtad Masih Datang Masjid Solat Sebelah Kita!