Apabila faham ilmu salah, maka timbul kekeliruan mana yang utama mana yang tidak.
Ramai yang hantar kepada saya video Trump ditegur oleh Raja Salman Saudi kerana pegang gelas dengan tangan kiri dan minum. Video yang dikirim menunjukkan kedua-dua Trump dan Melania sedang memegang gelas masing-masing dengan tangan kiri.
Kedua-dua mereka kemudian menukar kepada tangan kanan dan kemudian minum.
Wow, ramai yang hantar komen dengan mengangkat keberanian Raja Saudi kerana berani tegur pemimpin dunia no. 1.
Apabila saya teliti, dan melihat kepada keseluruhan lawatan Trump itu, ketika Trump tiba dan turun dari Air Force 1nya, Raja Salam bersalam dengan Trump dan isterinya. Maka terfikir akan “kehebatan” Raja Salman menegur perkara makruh tetapi dia tidak menjaga perkara yang jelas haram.
Saya tertanya, di mana kehebatan yang diagungkan itu?
[baca: Tiada Pahalanya Trump Minum Tangan Kanan!]
Sebab itu faham ilmu ini penting. Apa yang sering dipesan oleh Almarhum guru saya, Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady, dalam tulisan beliau sekitar tahun 2002-2003 yang telah saya masukkan dalam blog Traditional Islam, bahawa kecelaruan hari ini dengan budaya “cowboy” adalah akibat kurangnya faham ilmu ini. Sebab itu, hari ini, kita lihat orang-orang main pakai keluar pistol tembak je.
Yang dimaksudkan dengan ”epistemology” atau faham ilmu, atau falsafah ilmu ialah teori tentang ilmu pengetahuan, keadaannya, dasar-dasarnya, batasan-batasannya, dan kesahihannya.
Yang dimaksudkan ilmu itu – antaranya pada al-Baqillani rh dalam at-Tamhidnya pada bahagian awalnya – ialah mengenali apa yang dimaklumi itu mengikut keadaan hakikatnya yang sebenarnya. (“ma’rifatul-ma’lum bima huwa bihi”). https://blogtraditionalislam.wordpress.com/2009/03/27/epistemologi-ahlis-sunnah-wal-jamaah-dan-kepentingannya-dalam-pembinaan-tamadun/
Pentingnya faham ilmu itu … Apa Ertinya Zalim Yang Azim?
2 comments
11 August, 2017 at 3:14 pm
Tiada Pahalanya Trump Minum Tangan Kanan! | Karim's Blog
[…] Ada beberapa orang yang tidak puas hati dengan tulisan saya sebelum ini Hebat Raja Salman Tegur Trump Minum Tangan Kiri, Tetapi … […]
11 August, 2017 at 5:31 pm
Tiada Pahalanya Trump Minum Tangan Kanan! – MediaLantang.Com
[…] Ada beberapa orang yang tidak puas hati dengan tulisan saya sebelum ini Hebat Raja Salman Tegur Trump Minum Tangan Kiri, Tetapi … […]