Ada beberapa orang yang tidak puas hati dengan tulisan saya sebelum ini Hebat Raja Salman Tegur Trump Minum Tangan Kiri, Tetapi …

Ada yang berhujah

Bersetuhan kulit antara lelaki dan wanita ada perbezaan pendapat. Contoh mudah ketika di Mekah.
Batal atau tidak wudu apabila bersentuhan dengan wanita semasa tawaf ketika bersesak sesak mengelilingi kaabah.

Inilah yang saya ingin ketengahkan dari awal lagi tentang “faham ilmu”.

Untuk Trump minum tangan kiri atau tangan kanan tidak memberi apa-apa makna – mungkin hanya sekadar mengikuti “budaya”.

Tidak dapat pahalanya Trump minum tangan kanan. Maka tidaklah perlu untuk Raja Salman tegur Trump yang hendak minum tangan kiri, kecuali Raja Salman hendak pertegaskan adat budaya istana Saudi, protokolnya atau seumpama itu. Tetapi kalaupun Trump minum tangan kiri tiadalah makruhnya.

TETAPI, Raja Salman yang bersalam dengan perempuan bukan mahram itu ada hukumnya. Perdebatan hukum kepada yang mahu kutip perkara khilafiah – kita letak ke tepi.

POKOKnya, untuk Trump tiada penting untuk diperbetulkan pegang gelas tangan kiri atau kanan itu. Kerana dia bukan orang Islam. Hukum yang jauh lebih besar ialah dia itu kufur.

Kalaulah Raja Salman rasa perlu diperbetulkan Trump itu – beritahu dia untuk terima Islam, bukan tegur “perkara kecil-kecil”. Suruh dia terima syahadah lebih utama dari suruh dia minum tangan kanan.

Saya harap penjelasan ini dapat difahami oleh mereka yang hendak membela Raja Salman. Hendak bela pun biarlah bertempat.

Faham ilmu!

Keutamaannya ialah Aqidah.

Diikuti Syariahnya.

Kemudian Akhlak.

Sila baca: Apa Ertinya Zalim Yang Azim?

 

Advertisements