KUALA LUMPUR: Anas Zubedy, Pengarah Urusan Zubedy (M) Sendirian Berhad berkongsi mengenai penglibatan salah satu agensi kerajaan yang turut bekerjasama dalam usahanya untuk mempromosikan antara lain konsep liberal dalam Rukunegara kepada para pelajar.
sumber: menara.my
Perkongsian itu dibuat dalam ucapannya semasa majlis pelancaran Kempen #SaySomethingNice (#SSNC) 2017 di Universiti UCSI baru-baru ini.
Kempen ini antara lain memberi tumpuan kepada Rukun Negara melalui projek #RukunNegaraSomethingNice.
Rukun Negara dipilih sebagai fokus kerana ia menghasilkan kata-kata kunci yang penting seperti liberal, demokratik, progresif, keadilan dan kesaksamaan, menurut ahli perniagaan tersebut.
Beliau berkata, “Ia merupakan kerjasama di antara Zubedy dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Kita mahu membuat rakyat Malaysia memberi perhatian terhadap Rukun Negara.”
“Kempen ini adalah suatu pertandingan di mana kesemua jagaan JPNIN termasuklah Kelab Rukun Negara, Kelab Rukun Tetangga, Sekretariat Rukun Negara di sekolah-sekolah dan universiti-universiti menulis perasaan mereka, pemikiran dan idea mengenai Rukun Negara dan mengaplikasi falsafahnya dalam kehidupan seharian mereka,” katanya lagi.
Beliau berharap agar dapat bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk membawa kempen ini ke sekolah-sekolah.
Sebelum ini, Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri pernah mengumumkan sekatan bagi gerakan kempen Let’s Read The Quran yang juga dianjurkan oleh Anas Zubedy.
1 comment
18 August, 2017 at 10:03 am
JPNIN Terlibat Bawa Projek Liberal Rukunegara Masuk Sekolah – MediaLantang.Com
[…] Source link […]