Dilaporkan Kassim Ahmad meninggal hari ini. Apakah beliau layak disebut Allahyarham atau boleh dipanggil mendiang?

Menurut Warta Kerajaan Negeri Terengganu, bertarikh 21hb Januari 2016, pemikiran Kassim Ahmad adalah kufur dan murtad.

Dipetik:

3. Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad itu, terdapat unsur-unsur penyelewengan dan terpesong daripada ajaran Islam sebagimana berikut:

3.1 Mempertikaikan syahadah yang kedua

3.2 Mengingkari dab mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum

3.3 Mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat yang telah sabit dalam Al-Quran, Hadis dan Ijmak

3.4 Mempertikaikan hukum selawat yang telah sabit dalam Al-Quran, Hadis dan Ijmak

3.5 Membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat

Maka Jawatankuasa memutuskan bahawa orang yang terbabit dengan ucapan tersebut telah terkeluar dari Islam kerana telah mengingkari hukum Islam yang telah sabit dalam AL-Quran, Hadis dan Ijmak

Maka apakah layak disebut Allahyarham, seolah-olah mendoakan Allah merahmati?