Walaupun ucapan itu dibuat Wan Ji pada tahun 2013 (berdasarkan rakaman video), namun saya masih kerap menerima berkali-kali petikan rakaman video tersebut. Apabila dilantik menjadi “pegawai penerangan agama” negeri Pulau Pinang, saya pernah tulis – Hapuskan Sultan Pada Tahun 2030 – Malaysia Jadi Republik.
Yang menjadi persoalan orang ramai apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa sehingga ini. Saya tidak mampu untuk jawab. Mungkin soalan itu sepatutnya diajukan kepada pihak berkuasa sendiri. Tidak salah jika pihak Polis boleh buat penjelasan kerana kebelakangan ini timbul semula isu ini.
Kenapa hendak tahu?
Sebab Wan Ji pernah kata beliau ada rancangan hendak hapuskan sistem Raja pada tahun 2030. Untuk tujuan tersebut beliau merancang supaya orang benci Sultan dengan mengatakan “Sultan Syaitan”.
Wan Ji juga pernah dipetik menulis dalam FBnya bahawa “ciri-ciri adik beradik Syaitan ada pada Sultan Johor”
.
1 comment
12 October, 2017 at 5:42 am
Kes Wan Ji Kata “Sultan Syaitan” Apa Jadi Ya?
[…] A. Karim Omar – Walaupun ucapan itu dibuat Wan Ji pada tahun 2013 (berdasarkan rakaman video), namun saya masih kerap menerima berkali-kali petikan rakaman video tersebut. Apabila dilantik menjadi “pegawai penerangan agama” negeri Pulau Pinang, saya pernah tulis – Hapuskan Sultan Pada Tahun 2030 – Malaysia Jadi Republik. […]