Komen politikus rata-rata mengatakan bajet yang baru dibentang PM Najib ialah bajet PRU. Memang paling lewat tahun 2018 mesti diadakan PRU14. Memang tidak boleh lari.
Tetapi semasa dibentang bajet 2017, mereka ini juga komen bahawa ianya bajet PRU. Digula-gula. Untuk memancing undi. Dan sebagainya.
Kalau tahun lepas bajet PRU14, tahun ini bajet PRU berapa ya? Tak ada kerja lainlah. Asyik PRU je.
Takkan bila bajet yang baik dikatakan untuk PRU je. Lihat beberapa petikan media tahun lepas selepas pembentangan bajet 2017 … ada PRU?
Bajet yang dikatakan alternatif dikeluarkan oleh PH bukan untuk pancing undi? Bukan untuk gula-gulakan rakyat?
Hapuskan GST … sedap je bunyinya. Dan pelbagai lagi.
Memanglah orang politik hendak suruh orang sokong mereka. Hendak suruh undi mereka. Yang kamu ceramah ke hulu ke hilir bukan untuk suruh orang sokong kamu dan tolak kerajaan?
Recent Comments