You are currently browsing the daily archive for 19 November, 2017.

Tiba-tiba sehari dua ini terlalu banyak ditularkan mesej palsu.

Dikatakan bahawa rakyat Jerman protes kenaikan harga minyak dengan meninggalkan kereta masing-masing di jalan raya hingga harga minyak terpaksa diturunkan kembali. Baca: Dahsyat Betul … Semua Orang Di Jerman Sudah Jadi Muka Cina!

Ada satu lagi kisah durian Musang King dari Malaysia sebanyak 20 kontena ditolak oleh Negara China. Pun tidak benar.

Dan satu lagi yang ingin saya komen ialah kisah pesawat British Airways yang diserang oleh burung-burung hingga pilot terpaksa membuat pendaratan kecemasan. Yang menerima dan terus percaya hingga sanggup kongsikan pula berita palsu itu bukannya calang-calang orang.

Ada yang tukang kongsi itu bekas pensyarah universiti. Ada yang bekas pegawai kanan kerajaan yang sudah berJUSAlah. Ada juga telah berkhidmat dengan agensi keselamatan dengan pangkat terakhir yang ada beberapa bintang di atas bahu.

Semua mereka ini mudah diperbodohkan. Diperbodohkan adalah istilah yang tepat. Takkan sebegitu mudah percaya – apakah itu standard mereka menerima laporan dan cara mereka mengambil tindakan semasa bertugas dengan jawatan-jawatan yang tinggi? Apakah dari mendengar cerita yang tidak masuk akal seperti itu pun tidak dapat mereka siasat kesahihannya?

[Adakah anda turut sebarkannya? – Cerita-cerita Palsu Yang Ditularkan 2017]

Contoh, dalam tular tentang serangan burung ke atas pesawat British Airways itu dengan jelas ada dua jenis pesawat. Satu gambar pesawat BA, satu lagi gambar pesawat NWA (Northwest). Pesawat mana satu yang diserang?

Kemudian gambar burung yang tersangkut di roda pesawat. Ada yang satu roda dan ada yang dua roda. Yang mana satu ni? Tiba-tiba satu gambar itu menunjukkan pesawat tersebut ada KIPAS!

Parah sungguh tahap mentaliti orang kita yang suka kongsikan mesej palsu yang mereka sendiri tidak dapat gunakan akal dan pengalaman kerja yang luas untuk memeriksa kesahihan maklumat yang diterima.

Itulah masyarakat kita hari ini. Mudah sungguh diperbodohkan.

Google lah. Tidak ada satupun media utama dunia melaporkannya. Setakat petang tadi, kebanyakan yang ada dari carian google adalah portal-portal dari India dan Nigeria.

Cerita yang tular berulang kali termasuk … Fenomena Kedudukan Bulan Di Atas Kaabah

Inilah sikap sebahagian orang kita suka jadi Raja Tular: Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta?

Cerita Prebet Adam pun masih orang percaya. Siapa dalangnya?: Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor

Fikirkanlah – apa untungnya jari-jari kita memetik itu?: Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?

Wow!

Anda terima mesej bergambar bahawa orang di Negara Jerman protes kenaikan harga minyak dengan meninggalkan kereka mereka di jalan raya? Kononnya, sejuta kenderaan ditinggalkan atas jalan hingga terpaksa diturunkan semula harga minyak.

Adakah anda di antara orang yang telah diperbodohkan?

Adakah anda di antara orang yang terima, percaya dan tularkan lagi mesej palsu tersebut?

KESIAN.

Apakah orang-orang di Jerman sudah menjadi wajah Cina?

Telitilah terlebih dahulu. Selidikilah. Jangan main terima bulat-bulat hingga diperbodoh sebegitu sekali.

Gambar itu adalah kesesakan melampau yang telah berlaku di Negara China. Carilah muka “orang putih” dalam gambar itu!

Ini pun pernah tular berulang kali … Fenomena Kedudukan Bulan Di Atas Kaabah

Baca: Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta? Ini pun sama … Burung-burung Serang British Airways … Tak Habis-habis Diperbodohkan

Ingat cerita ini yang heboh seolah-olah benar hingga ke hari ini: Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor

Baca juga: Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?

 

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

November 2017
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid