Wow!
Anda terima mesej bergambar bahawa orang di Negara Jerman protes kenaikan harga minyak dengan meninggalkan kereka mereka di jalan raya? Kononnya, sejuta kenderaan ditinggalkan atas jalan hingga terpaksa diturunkan semula harga minyak.
Adakah anda di antara orang yang telah diperbodohkan?
Adakah anda di antara orang yang terima, percaya dan tularkan lagi mesej palsu tersebut?
KESIAN.
Apakah orang-orang di Jerman sudah menjadi wajah Cina?
Telitilah terlebih dahulu. Selidikilah. Jangan main terima bulat-bulat hingga diperbodoh sebegitu sekali.
Gambar itu adalah kesesakan melampau yang telah berlaku di Negara China. Carilah muka “orang putih” dalam gambar itu!
Ini pun pernah tular berulang kali … Fenomena Kedudukan Bulan Di Atas Kaabah
Baca: Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta? Ini pun sama … Burung-burung Serang British Airways … Tak Habis-habis Diperbodohkan
Ingat cerita ini yang heboh seolah-olah benar hingga ke hari ini: Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor
Baca juga: Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?
3 comments
19 November, 2017 at 3:41 pm
Burung-burung Serang British Airways … Tak Habis-habis Diperbodohkan | Karim's Blog
[…] Dikatakan bahawa rakyat Jerman protes kenaikan harga minyak dengan meninggalkan kereta masing-masing di jalan raya hingga harga minyak terpaksa diturunkan kembali. Baca: Dahsyat Betul … Semua Orang Di Jerman Sudah Jadi Muka Cina! […]
11 December, 2017 at 2:06 pm
Trump Akan Bakar Al-Quran – Boikot Product Code 57 | Karim's Blog
[…] Dahsyat Betul … Semua Orang Di Jerman Sudah Jadi Muka Cina! […]
31 December, 2017 at 11:45 am
Cerita-cerita Palsu Yang Ditularkan 2017 | Karim's Blog
[…] 4. Orang Jerman Protes Harga Minyak Naik […]