Sebagai pengguna jalanraya, perkara sebegini yang kita bimbang. Kita minta Allah lindungi dan kita berdoa agar kita dan pengguna lain tidak terkena kecelakaan sebegini.

Apakah kayu berpaku tersebut dijatuhkan atau memang terjatuh?

*********

Laporan lanjut dari Harian Metro (3 Dis 2017):

a close up of a car: Antara kenderaan yang tayar pecah akibat terlanggar kayu berpaku di KM26, SPDH, semalam. - Foto MOHD KHIDIR ZAKARIASEBANYAK 20 kereta pecah tayar akibat terlanggar kayu mengandungi banyak paku di Kilometer 26, Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), berhampiran Sua Betong, Port Dickson, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad berkata, kejadian antara 8 hingga 9 malam itu turut mengakibatkan banyak kenderaan kemek di bahagian hadapan selain rim tayar bengkok.

Katanya, siasatan mendapati kayu sepanjang satu meter itu dipercayai terjatuh dari lori dan tidak disedari pemandu.

“Polis menerima lima laporan daripada pemandu kenderaan dan kita menafikan 50 kenderaan rosak seperti tular di Facebook sejak malam tadi (semalam),” katanya.

Zainudin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi dan menemui kayu yang mengandungi banyak paku itu.

“Kayu itu sudah dialihkan dan perjalanan kembali lancar.

“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan lori yang terbabit dan akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, kebanyakan pemilik kereta menukar sendiri tayar

“Kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku atau kemalangan serius,” katanya.

Beliau berkata, antara kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu ialah Proton Pesona, Proton Exora, Honda Accord dan Proton Saga.

Advertisements