You are currently browsing the daily archive for 11 December, 2017.

Satu video yang pernah diterbit beberapa bulan lalu di Amerika Syarikat kini tular di kalangan “jaguh kongsi” di Malaysia.

Video yang agak kabur berdurasi sekitar seminit itu menunjukkan seorang lelaki mirip Presiden Trump sedang bermain bola lantun bersama beberapa kanak-kanak sekolah.

Ramai yang percaya itu adalah Trump. Mereka rasa seronok kongsikan “kebudak-budakan” Trump yang membuat perangai menangis kerana dipaksa berhenti bermain.

Itulah orang kita. Sebab itu mereka mudah diperbodohkan oleh orang seperti Rafizi yang kerjanya membodohkan sebahagian rakyat Malaysia.

[baca: Siri Hasutan Rafizi – Orang Yang Cerdik Tidak Dengar dan Rafizi Anak Emas PKR Tidaklah Cerdik Mana Pun]

Sebenarnya video itu adalah video seorang pengajuk (impersonator) Trump yang bernama Anthony Atamanuik dalam siri komedi The President Show yang pernah disiarkan sekitar Mei 2017.

Video asal berdurasi lebih lima minit yang jauh lebih terang dan mudah untuk kita cam ianya bukan Trump. Tetapi video yang berlegar agak kabur mungkin bertujuan untuk membodohkan orang ramai.

Berkaitan … Trump Akan Bakar Al-Quran – Boikot Product Code 57

BACA: Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?

 

Sekali lagi mesej ini tular!

Mesej ini telah beberapa kali diubahsuai dan diulang tular. Asalnya dulu ianya dikaitkan dengan negara Denmark. Sebab itulah mesej palsu ini masih ada kempen untuk boikot barangan “product code 57”.

Product 57 ialah untuk negara Denmark.

Apa kaitan Donald Trump dengan Denmark?

“Barangan keluaran Trump” ialah hartanah. Trump tidak jualnya untuk anda pengguna di Malaysia!

Jadilah pengguna yang bijak. Jangan terlalu mudah terima, percaya dan kongsi.

Janganlah habiskan masa anda dan masa rakan-rakan anda dengan cerita palsu!

Ini mesejnya kali ini:

Donald Trump akan bakar Al-Quran sabtu minggu depan. Tolong Boykot segala barangan kluaran Trump. Bulan lepas Trump dah kehilangan 4 Billion dollar sbb org Islam dah Boykot barangan dia. Kalau kita Boykot lagi 7 bulan… Dia akan hilang lebih kurang 80 Billion. Jgn henti sebarkan mesej ni. Tolong share kan dkt suma org Muslim seramai yg mungkin. INGAT NABI S.A.W AKAN TANYA DEKAT HARI PERHITUNGAN NANTI “APAKAH YG KAU LAKUKAN KETIKA MEREKA MEMPERMAINKAN KU”? “BAGAIMANAKAH KAMU MELINDUNGI KU?”. Sebarang product kluaran Trump ada code 57 diawalnya adalah kluaran product Trump. Tolong Boykot semua kluaran Trump org Muslim skalian.
.
Share kan seandai nya dpt mesej ini👍🏼

Kuala Lumpur (Berita Harian): Kementerian Kesihatan memberi amaran, mana-mana pihak yang menjual air Zam Zam di negara ini, boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hukuman maksimum itu adalah mengikut Akta Makanan 1983.

Beliau berkata, penjualan air Zam Zam adalah dilarang di Malaysia, selaras larangan oleh kerajaan Arab Saudi terhadap tindakan itu.

Katanya, Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air berkenaan secara percuma kepada jemaah haji, umrah dan pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti terhad ketika berlepas pulang dari Arab Saudi.

Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham berkata, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap penjualan air berkenaan.

PUTRAJAYA 9 Dis. (Utusan) – Kementerian Kesihatan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zamzam berikutan larangan yang dikeluarkan Kedutaan Arab Saudi menjual air tersebut di mana-mana kedai di seluruh Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mereka yang disabitkan kesalahan menjual air zamzam boleh dikenakan denda tidak me­lebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Sejak 2012 sehingga Oktober ini, sejumlah air zamzam bernilai RM58,191.80 telah dirampas melalui hasil pe­nguatkuasaan yang telah di­jalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memandangkan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, pihaknya melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zamzam berdasarkan Seksyen 4 (1) (f) Akta Makanan 1983.

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

December 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid