Satu video yang pernah diterbit beberapa bulan lalu di Amerika Syarikat kini tular di kalangan “jaguh kongsi” di Malaysia.

Video yang agak kabur berdurasi sekitar seminit itu menunjukkan seorang lelaki mirip Presiden Trump sedang bermain bola lantun bersama beberapa kanak-kanak sekolah.

Ramai yang percaya itu adalah Trump. Mereka rasa seronok kongsikan “kebudak-budakan” Trump yang membuat perangai menangis kerana dipaksa berhenti bermain.

Itulah orang kita. Sebab itu mereka mudah diperbodohkan oleh orang seperti Rafizi yang kerjanya membodohkan sebahagian rakyat Malaysia.

[baca: Siri Hasutan Rafizi – Orang Yang Cerdik Tidak Dengar dan Rafizi Anak Emas PKR Tidaklah Cerdik Mana Pun]

Sebenarnya video itu adalah video seorang pengajuk (impersonator) Trump yang bernama Anthony Atamanuik dalam siri komedi The President Show yang pernah disiarkan sekitar Mei 2017.

Video asal berdurasi lebih lima minit yang jauh lebih terang dan mudah untuk kita cam ianya bukan Trump. Tetapi video yang berlegar agak kabur mungkin bertujuan untuk membodohkan orang ramai.

Berkaitan … Trump Akan Bakar Al-Quran – Boikot Product Code 57

BACA: Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?

 

Advertisements