Anda mungkin sudah terima videonya. Anda juga mungkin telah kongsikan kepada rakan-rakan lain.

Video pendek dari CNN Live sedutan lawatan Presiden Trump ke kota Vatikan untuk berjumpa Pope Francis pada bulan Mei tahun ini turut menyiarkan Presiden Trump usik dan bermain tangan dengan Pope Francis tetapi kelihatan Pope Francis pukul tangan Presiden Trump.

Sebahagian kita, oleh kerana bencinya kepada Trump, seronok melihat video sebegini. Terlalu mudah percaya. Dan terlalu seronok hendak kongsikan tanpa usul periksa.

Sebenarnya?

Ianya tidak berlaku. Tidak ada babak bermain tangan dan pukul tangan. Ianya sesi bergambar dan selesai begitu sahaja.

Perhatikan gambar penuh sesi bergambar tersebut. Tumpu kepada lengan baju Pope dan lengan baju dan jaket Trump.

Amalkan TABAYYUN.

Jadilah pengguna internet dan media sosial yang cerdik. Jangan diperbodohkan diri sendiri dan membodohkan orang lain. Semak dan siasat.

Lagi pasal Trump yang menjadi tular …

Tular paslu lain:

 

 

Advertisement