You are currently browsing the daily archive for 30 December, 2017.

Seorang paderi Kristian, Benjamin Stephen, mengatakan bahawa sudah ada 10,000 orang Melayu yang sudah terima Jesus sebagai Penyelamat atau Tuhan di negeri Johor sahaja. Dan beliau mengatakan bahawa di tempat-tempat lain, di gereja-gereja lain, di seluruh Semenanjung Malaysia, beliau sentiasa berjumpa dengan orang-orang Melayu yang sudah menerima Jesus.

Jika di Johor sudah ada 10,000, dan di setiap negeri lain pun ada orang Melayu Kristian apakah mungkin angkanya juga 10,000 (atau hampir) bagi setiap negeri lain? Jika sedemikian, mungkin sudah melebihi 100,000 orang Melayu yang sudah murtad dan menerima Jesus sebagai Penyelamat/Tuhan.

[Baca: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

Dan ucapan ini beliau buat pada tahun 2009. Jika angka tersebut terus bertambah, sudah pasti ianya jauh lebih ramai sekarang!

Persoalannya ialah kenapa sedemikian besar angkanya tetapi kita tidak nampak dan bertemu dengan orang-orang Melayu Kristian ini. [Baca kajian yang telah dilakukan di univeristi Kristian di Amerika Syarikat tentang identiti dan cara hidup orang Melayu Kristian: Melayu Kristian?]

Jawapannya telah disebut oleh seorang missionari, Joshua Massey, dalam tulisannya di dalam International of Journal Frontiers (Vol. 17:1 Spring 2000) bahawa “kebanyakan kita tidak pernah jumpa “pengikut Jesus” …” (Most Muslims have never met Muslims who “follow Jesus”…) kerana mereka ini menerima Jesus sebagai Tuhan tetapi mereka kekal identiti mereka sama seperti orang Islam. Mereka tidak ubah segala cara kehidupan kerana mengganggap cara hidup Islamnya dulu itu dikekalkan hanya sebagai adat budaya sahaja.

Mereka ini dikategorikan sebagai C5 MBB (Muslim Background Believer – orang yang asalnya Muslim tetapi sudah “beriman” dengan Tuhan Jesus). Atau juga disebut sebagai Gerakan Dalaman (Insider Movement) – yakni mereka yang sudah menganut agama Kristian tetapi kekal hidup dalam keluarga atau masyarakat Islam tanpa disedari mahupun disyaki. [Baca: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad]

Mereka teruskan kehidupan mereka sama seperti sebelumnya malah mereka Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID. [baca: Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID?]

Mungkin inilah yang disebut oleh paderi tersebut bahawa jumlahnya sudah 10,000 orang yang menerima Jesus sebagai Tuhan di negeri Johor sahaja!

Baca: Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID?

Apakah mungkin ada orang seperti ini di kalangan ahli keluarga anda? Bagaimana hendak kenali mereka?

Sekarang ini sudah dilaporkan bahawa ada missionari Kristian sanggup jadi mualaf (masuk Islam) untuk mendekati orang Islam di masjid – Missionari Kristian Masuk Islam Untuk Dakyahkan Orang Islam Di Masjid

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

December 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid