Seorang paderi Kristian, Benjamin Stephen, mengatakan bahawa sudah ada 10,000 orang Melayu yang sudah terima Jesus sebagai Penyelamat atau Tuhan di negeri Johor sahaja. Dan beliau mengatakan bahawa di tempat-tempat lain, di gereja-gereja lain, di seluruh Semenanjung Malaysia, beliau sentiasa berjumpa dengan orang-orang Melayu yang sudah menerima Jesus.
Jika di Johor sudah ada 10,000, dan di setiap negeri lain pun ada orang Melayu Kristian apakah mungkin angkanya juga 10,000 (atau hampir) bagi setiap negeri lain? Jika sedemikian, mungkin sudah melebihi 100,000 orang Melayu yang sudah murtad dan menerima Jesus sebagai Penyelamat/Tuhan.
[Baca: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]
Dan ucapan ini beliau buat pada tahun 2009. Jika angka tersebut terus bertambah, sudah pasti ianya jauh lebih ramai sekarang!
Persoalannya ialah kenapa sedemikian besar angkanya tetapi kita tidak nampak dan bertemu dengan orang-orang Melayu Kristian ini. [Baca kajian yang telah dilakukan di univeristi Kristian di Amerika Syarikat tentang identiti dan cara hidup orang Melayu Kristian: Melayu Kristian?]
Jawapannya telah disebut oleh seorang missionari, Joshua Massey, dalam tulisannya di dalam International of Journal Frontiers (Vol. 17:1 Spring 2000) bahawa “kebanyakan kita tidak pernah jumpa “pengikut Jesus” …” (Most Muslims have never met Muslims who “follow Jesus”…) kerana mereka ini menerima Jesus sebagai Tuhan tetapi mereka kekal identiti mereka sama seperti orang Islam. Mereka tidak ubah segala cara kehidupan kerana mengganggap cara hidup Islamnya dulu itu dikekalkan hanya sebagai adat budaya sahaja.
Mereka ini dikategorikan sebagai C5 MBB (Muslim Background Believer – orang yang asalnya Muslim tetapi sudah “beriman” dengan Tuhan Jesus). Atau juga disebut sebagai Gerakan Dalaman (Insider Movement) – yakni mereka yang sudah menganut agama Kristian tetapi kekal hidup dalam keluarga atau masyarakat Islam tanpa disedari mahupun disyaki. [Baca: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad]
Mereka teruskan kehidupan mereka sama seperti sebelumnya malah mereka Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID. [baca: Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID?]
Mungkin inilah yang disebut oleh paderi tersebut bahawa jumlahnya sudah 10,000 orang yang menerima Jesus sebagai Tuhan di negeri Johor sahaja!
Baca: Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID?
Apakah mungkin ada orang seperti ini di kalangan ahli keluarga anda? Bagaimana hendak kenali mereka?
Sekarang ini sudah dilaporkan bahawa ada missionari Kristian sanggup jadi mualaf (masuk Islam) untuk mendekati orang Islam di masjid – Missionari Kristian Masuk Islam Untuk Dakyahkan Orang Islam Di Masjid
Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
Recent Comments