Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, iaitu kalimat subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung)”
Tetapi seharian kita kini disibukkan dengan media sosial yang pelbagai. Kita terima pelbagai mesej. Jari kita galak hendak kongsikan. Kita pun ada pandangan sendiri, jari kita juga galak hendak menaip untuk orang lain tahu isi hati kita.
Seharian kita dibebankan dengan ribuan mesej. Dan kebanyakannya berulang-ulang sama sahaja. Yang sama diulang-ulang oleh grup yang pelbagai. Berulang mesej/gambar/video yang telah diterima minggu lepas/bulan lepas/tahun lepas.
DAN kebanyakannya anda sendiri pun tidak tahu benar atau tidak. Tetapi anda kongsikan juga. Andapun kata “dari grup sebelah” – untuk melepaskan tangan kononnya! Sedangkan Al Quran telah sebut tentang TABAYYUN. Dan malaikat mencatit segalanya.
Apakah ada manfaat kongsikan perkara yang anda sendiri tidak tahu? Jika benar tidak tahu – siasat dan kaji terlebih dahulu. Bertanya dengan orang-orang yang betul-betul boleh membantu – bukan menyebarratakannya.
[Cerita-cerita Palsu Yang Ditularkan 2017 – adakah anda turut sebarkannya?]
Kita lihat suatu tular yang tersebar selepas beberapa minggu jalan pintas Rawang yang baru siap dibuka. Kononnya baru beberapa minggu dibuka sahaja sudahpun runtuh – siap dengan gambar lagi.
Sebenarnya kebanyakkan gambar yang dikirim membantu anda untuk mengesahkan cerita yang anda terima – jika anda selidiki lebih sedikit.
Pastikan anda bertanggung jawab dengan apa yang anda kongsikan.
Fikirkanlah – apa untungnya jari-jari kita memetik itu?: Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?
1 comment
30 March, 2018 at 9:15 am
Apabila Menerima Mesej Kematian Ibu Bapa Anda | Karim's Blog
[…] Anda Tulis Anda Tanggung – Anda Sebar Anda Tanggung [baca] […]