Majalah “rasmi” Vatican – Kristian Katolik, La Civiltà Cattolica, menerbitkan tulisan Ketua Editornya, Father Antonio Spadaro bersama Marcelo Figueroa, seorang pastor Presbyterian, juga editor majalah L’Osservatore Romano, the Vatican daily, edisi Argentina, bertajuk “Fondamentalismo Evangelicale E Integralismo Cattolico: Un sorprendente ecumenismo” (Fundamentalisme Evangelikal dan Integralisme Katolik; Suatu Kesatuan Yang Pelik).

Artikel tersebut bermula dengan membicara tentang peranan agama yang semakin menjadi faktor penentu dalam proses politik di Amerika Syarikat. Perkembangan ini dikaitkan dengan prinsip-prinsip fundamentalis Kristian Evangelikal (Christian-Evangelical fundamentalist principles) yang semakin diradikalkan. Presiden Reagan dan Presiden G.W. Bush dikaitkan sebagai pemimpin awal yang mempunyai motivasi sedemikian.

Golongan ini dikatakan tidak lagi membawa fahaman sebenar Kristian tetapi membuat tafsiran dengan bersandarkan motif politik dan juga dikaitkan dengan konflik yang berakhir dengan keuntungan dari penjualan senjata.

Fahaman mereka ini berdasarkan teologi “Dominisme” – yang mahu menakluk, merampas dan memerintah dunia.

Artikel tersebut turut mengatakan bahawa sumber naratif keganasan yang membentuk fahaman jihad militan dan tentera salib alaf baru ini tidak jauh bezanya.

Apabila Father Antonio Spadaro ditemubual tentang tulisannya itu, beliau menyatakan kegusarannya kerana pendekatan Kristian Evangelis yang radikal melalui “kaedah perang dan keganasan” ini semakin diterima oleh di kalangan penganut Kristian. (Today, unfortunately, a warlike and militant approach seems most attractive and evocative to certain sectors in society) Dan baginya ini membahayakan kedua-dua fahaman Kristian Katolik dan Protestan (there is this risk both in the Catholic environment and in the Protestant one)

Baginya juga, ancaman seperti ini bukan terhad kepada negara Amerika Syarikat sahaja malah sudah tersebar di seluruh dunia. Bermakna, ancaman ini turut sudah sampai di Tanah Air kita dan sudah berkembang. Katanya “… I note that people have applied this theory to other countries“.

Pendedahan yang dibuat baru-baru ini tentang ancaman gerakan radikal evangelis ini adalah benar. Bukan rekaan semata-mata. Ianya diperakui serta rasa risaunya oleh pihak Vatican sendiri. Malah majalah “Herald” Kristian Katolik Malaysia pun pernah mendedahkan isu sebegini. Tetapi mengapa penganut Kristian yang menolak fahaman ganas sebegini berdiam diri hari ini?

BACA: Ancaman Gerakan Evangelis Kristian – Berita TV Al-Hijrah 7 Jan 2018

Baca lanjut:

Advertisements