Memang ada segelintir masyarakat yang sukar untuk menerima  pendedahan-pendedahan tentang evangelis radikal yang ganas [Ekstremis Kristian Radikal Evangelis pendedahan TV Al Hijrah] dan mempunyai agenda untuk menawan serta memerintah dunia. Tambah lagi jika mereka itu sendiri Evangelis Kristian – berlebihanlah dia cuba nafikan. Saya selalu sebut, pencuri tidak akan mengaku dia hendak mencuri bila tertangkap. Kecuali salah seorang yang tertangkap itu kebetulan terikut dengan pencuri!

Sesetengah orang mengatakan bahawa evangelis ini hanyalah di bawah Kristian Protestan sahaja. Tetapi puak-puak protestan pula mengatakan golongan yang menyerang dan membunuh kaum Muslim untuk menawan kota suci Baitul Maqdis dalam Perang Salib ialah dari golongan Katolik seperti Jesuit – yang kini mentadbir Vatican.

Tetapi sebuah majalah Vatican mengatakan golongan radikal ini ada dari kedua-dua belah pihak Katolik dan Protestan [Baca; Kelompok “Perang dan Militan” Kristian Ditolak Vatican]. Ketua Editor majalah tersebut mengatakan ancaman golongan radikal ini sama dengan golongan DAESH/ISIS.

Semasa perang di Iraq, 17 orang awam dibunuh dengan kejam dan lebih 20 orang lagi cedera yang disebut sebagai Pembunuhan Dataran Nisour (Nisour Square Massacre) pada tahun 2007. Pembunuhan kejam ini telah dilakukan oleh tentera upahan syarikat “keselamatan” Amerika Syarikat – Blackwater USA (kemudian ditukar menjadi Academi).

Blackwater adalah di antara kontraktor yang paling banyak menerima kontrak keselamatan ketika Amerika Syarikat menjajah Iraq. Dalam tempoh di antara tahun 1997-2010, Blackwater mendapat kontrak keselamatan sebanyak USD2 billion dari kerajaan AS. Dan di antara 2001 – 2010, CIA memberi kontrak sebanyak USD600 juta.

Syarikat ini ditubuh dan dimiliki oleh Erik Prince, bekas komando tentera laut – Navy SEALS. Prince juga terlibat dengan operasi tugas rahsia CIA untuk membunuh mangsa-mangsa yang dikenalpasti [covert CIA assassination operations].  Akhbar New York Times pernah juga mengaitkan Prince terlibat dalam operasi “rahsia” (covert) semasa Arab Spring. Prince juga dikaitkan dengan kempen politik Presiden Trump dan juga beberapa tokoh Kristian Evangelis parti Republican serta juga kakaknya sendiri, Betsy DeVos, Setiausaha (menteri) Pelajaran. Betsy adalah ahli aktif Christian Reformed Church merupakan isteri kepada Dick DeVos, anak pengasas dan pemilik Amway (penyumbang besar untuk gerakan Evangelis).

Erik Prince adalah seorang Kristian Katolik yang pernah dipetik mengatakan bahawa beliau adalah tentera Salib Kristian yang ditugas untuk menghapus orang Islam dan agama Islam dari muka bumi ini (Christian crusader tasked with eliminating Muslims and the Islamic faith from the globe) – The Economist – 6 Ogos 2009 – Erik Prince and the last crusade: A company of mercenaries is accused of killing in the name of Christ

Prince sengaja memilih tentera-tenteranya yang mempunyai visi “Ketuanan Kristian” yang berhasrat untuk membunuh orang Iraq.

… Mr. Prince intentionally deployed to Iraq certain men who shared his vision of Christian supremacy, knowing and wanting these men to take every available opportunity to murder Iraqis. Many of these men used call signs based on the Knights of the Templar, the warriors who fought the Crusades.

Prince juga mengalakkan dan menghargai tenteranya yang menjahanamkan kehidupan orang Iraq serta menyuruh tenteranya meletakkan “para haji di atas papan keranda”.

Mr. Prince operated his companies in a manner that encouraged and rewarded the destruction of Iraqi life. For example, Mr. Prince’s executives would openly speak about going over to Iraq to “lay Hajiis out on cardboard.” Going to Iraq to shoot and kill Iraqis was viewed as a sport or game. Mr. Prince’s employees openly and consistently used racist and derogatory terms for Iraqis and other Arabs, such as “ragheads” or “hajiis.”

Akhbar New York Times menulis bahawa Blackwater terkenal keganasannya dari budaya korporatnya sendiri.

Blackwater, based in North Carolina, has gained a reputation among Iraqis and even among American military personnel serving in Iraq as a company that flaunts an aggressive, quick-draw image that leads its security personnel to take excessively violent actions to protect the people they are paid to guard…

… Blackwater’s corporate culture seems to encourage excessive behavior. “Is it the operating environment or something specific about Blackwater?”

Rangkaian evangelis radikal Prince dengan ahli politik Amerika Syarikat:

The company’s close ties to the Bush administration have raised questions about the political clout of Mr. Prince, Blackwater’s founder and owner. He is the scion of a wealthy Michigan family that is active in Republican politics. He and the family have given more than $325,000 in political donations over the past 10 years, the vast majority to Republican candidates and party committees, according to federal campaign finance reports.

Sikap ganas Kristian radikal seperti ini yang cuba dinafi oleh para pelampau evangelis Kristian sendiri. Ramai dari kalangan kawan saya yang beragama Kristian sangat tidak setuju dengan pendirian evangelis radikal yang semakin membiak di Tanah Air ini. Semangat dan keganasan mereka diapi-apikan lagi oleh evangelis radikal dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Afrika, Timur Tengah dan juga dari Pakistan, Indonesia dan Singapura. Mereka sering keluar masuk negara kita untuk pelbagai perhimpunan mega mereka.

BACA lanjut: