Terjawab juga akhirnya apabila orang ramai bertanya tentang ke mana perginya “cincin mahal Rosmah”. Suatu masa dahulu, Rafizi kencang jelajah negara ceramah tentang “cincin mahal Rosmah”.

[Baca lanjut pasal CINCIN MAHAL –  Bila Lagi Rosmah Nak Jawab Pasal Cincin Mahal RM24 Juta?]

“Cincin mahal Rosmah” yang dikatakan sekitar RM24 juta masuk melalui pintu kastam KLIA pada 16hb April 2011. Namun, cincin tersebut “berjaya” keluar kembali dari Malaysia selepas hanya 4 hari berada di Malaysia.

Siapa yang keluarkannya dari Malaysia? Bagaimana ianya terlepas dari kawalan kastam?

Sah rupanya. Najid Razak yang telah melepaskan cincin mahal tersebut.

Apakah Perdana Menteri Najib Razak bersekongkol membebaskan isterinya, Rosmah, dari gossip cincin mahal sendiri?

Ternyata memang ada nama Najid Razak yang menanda tangani Borang 2 Kastam untuk melepaskan cincin mahal tersebut keluar dari Malaysia.

Namun, apabila diteliti betul-betul nama pegawai kastam yang menanda tangani Borang 2 tersebut, ternyata nama beliau HAMPIR SAMA dengan nama Perdana Menteri kita.

Pegawai Kastam tersebut bernama: Abdul Najid bin Abdul Razak

Suami Rosmah Mansur bernama: Mohd. Najib bin Abdul Razak

Ternyata dua nama yang berbeza dan jelaslah ianya dua orang yang berbeza. Tetapi portal rasmi PKR Keadilan Daily melaporkan “Borang Kastam, Pegawai Diragui”.

Kesian orang ramai yang membaca dan terpesona dengan “pembongkaran bodoh” sebegini. Hanya kerana nama pegawai tersebut hampir sama dengan suami Rosmah maka tanda tangan pegawai Kastan tersebut dipertikaikan?

Baca tentang seorang ADUN Selangor yang boleh dianggap bodoh kerana mahu memperbodohkan pengundi … dalam ucapannya pada program Ceramah Mega Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Seksyen 18 Shah Alam pada 26hb Februari 2017 [klik].

Baca lanjut tentang “CINCIN ROSMAH”: Bila Lagi Rosmah Nak Jawab Pasal Cincin Mahal RM24 Juta?

Baca juga berita palsu yang tular: Cerita-cerita Palsu Yang Ditularkan 2017