Dalam ramai bercakap betapa PM Najib tidak prihatin dengan nasib rakyat yang makan nasi beras tempatan sahaja, sedangkan beliau sebagai PM makan quinoa yang diimport. Maka sebab itu Dr. Mahathir pantas sindir bahawa dia sendiri hanya makan beras tempatan. Begitulah hebatnya bekas PM Dr. Mahathir dalam membela nasib rakyat yang menderita dengan kos “gaya hidup” hari ini.

Bersungguhnya Mahathir melihat nasib rakyat yang dia bertungkus lumus bantu sepanjang 22 tahun pemerintahannya, maka demi meneruskan usaha membela nasib rakyat, selepas menjadi PM, beliau membuka kedai roti rakyat. Katanya sudah ada beberapa buah kedai yang dibuka.

Mahathir sendiri turun padang untuk perasmian kedai rotinya yang pertama di KL di sebuah pusat membeli belah di mana hanya rakyat marhaen yang miskin menghadapi kos “gaya hidup” yang mencabar sahaja mampu membeli belah di situ.

Kedai yang diberi nama “The Loaf” itu dibuka di Pavillion. Dan kemudian satu lagi dikatakan dibuka di Bangsar Village – inilah kawasan-kawasan perleseran rakyat marhaen yang “miskin’ merungut “kos gaya hidup” yang semakin meningkat saban hari.

Saya tidak sempat ke kedai Mahathir, tetapi dari pelbagai laporan dan tulisan, maka saya boleh faham kenapa Mahathir hanya makan beras tempatan – sebab dia perlu bantu rakyat marhaen dengan hidangan roti khas untuk rakyat marhaen yang merungut tentang kos gaya hidup yang tinggi.

Bagi menjaga rakyat marhaen yang tidak mampu dengan kos gaya hidup, kedai rotinya hanya mengguna bahan-bahan import. Tepung beras diimport dari Kanada. Tak mainlah tepung gandum yang kita buat cucur kodok tu. Gandum itu dikisar dengan mengguna batu pengisar diimport khas dari Jepun. Menteganya pun dari Belgium, Garamnya dari pergunungan Himalaya. “Freezer” yang digunakan adalah khas diimport untuk proses pembekuan kopi ke tahap “minus” 60 darjah selsius! Wow … bagaimana rasa kopi yang sudah dibekukan sedemikian?

Sebab itulah harga di kedai roti Mahathir adalah sangat bertepatan untuk rakyat marhaen yang merungut tentang “kos gaya hidup”. Hanya rakyat marhaen yang merungut kos gaya hidup sahaja mampu ke kedai roti Dr. Mahathir.

Sepinggan spaghetti dengan dua hirisan ikan Salmon sangat murah. Hanya RM28.00. Sangat berpatutan untuk rakyat marhaen yang risau dengan “kos gaya hidup” yang tinggi di KL.

Bayangkan, satu roti bun yang kecil, dihidang dengan sup di dalamnya hanyalah berharga RM18.00 (pada tahun 2011 … mungkin sekarang, dengan inflasi yang teruk di Malaysia,  harga semakin rendah!). Bandingkan saiz sudu dalam gambar untuk anggar saiz roti yang sangat besar untuk harga istimewa mampuS makan.

Kita yang hanya mampu dengan kos SARA hidup bermewah sentiasa makan bergaya dengan roti Gardenia tidaklah seperti mereka yang merungut kos GAYA hidup yang terpaksa ke kedai roti Mahathir!

…. nasi goreng istimewa …. hanya RM24.00 SAHAJA! … jangan sampai mampuS makan.

 

Advertisements