Kenapa ada orang yang sukar untuk faham? Atau mereka sengaja tidak mahu difahamkan.

KUALA LUMPUR [Berita Harian 10 April 2018]: Bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw, tetap berpegang teguh pada kenyataannya bahawa laporan badan itu terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Itu pandangan saya berdasarkan laporan PAC mengenai 1MDB. Saya berpendapat, bukti perlu dikemukakan bagi mengaitkan pembabitan seseorang.
“Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan (tuduhan) itu palsu,” katanya seperti dilaporkan portal berita dalam talian, Malaysiakini, hari ini.

Tan Seng Giaw wearing glasses: TAN Seng Giaw. - Foto Yazit RazaliDr Tan berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kenyataannya itu menjadi punca beliau digugurkan DAP sebagai calon Parlimen Kepong, untuk kali kesembilan.

Malam tadi, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mengumumkan penyandang kerusi Segambut, Lim Lip Eng, akan menggantikan Dr Tan di Kepong sebagai calon parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), manakala bekas Speaker DUN Selangor, akan bertanding di Segambut.

Dr Tan berkata, beliau tidak kisah punca yang menyebabkan penggugurannya sebagai calon DAP di Parlimen Kepong tetapi menegaskan bukti perlu dikemukakan dalam hujah bagi menyokong sesuatu dakwaan.

“Hanya mahkamah yang boleh memuktamadkan sesuatu keputusan,” katanya.

“Saya membaca laporan PAC. Apa yang ditemukan (bekas) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dikaitkan tetapi saya bersetuju siasatan lanjut perlu dibuat kerana ia membabitkan dana awam,” katanya lagi seperti dilaporkan portal terbabit.

Dr Tan juga dilapor menegaskan, kenyataannya mengenai 1MDB itu dibuat secara sedar dan tanpa sebarang paksaan oleh mana-mana pihak.

Laporan PAC mengenai 1MDB setebal 106 halaman itu mengesyorkan pihak berkuasa menyiasat bekas CEO syarikat pelaburan terbabit, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak lain yang berkaitan.

Sebelum ini, Perdana Menteri yang ketika itu menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dilapor menegaskan laporan PAC terbabit tidak menyebut beliau terbabit dalam sebarang salah laku.almi dan pihak lain yang berkaitan.

 

Advertisements