Tiga hari sebelum mengundi pada tahun 2013, Anwar Ibrahim mengemparkan satu Malaysia dengan pendedahan bahawa 40,000 pengundi hantu dibawa masuk oleh JPM.
PETALING JAYA 2 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu. [masih boleh di akses pagi ini – http://www.keadilandaily.com/anwar-dedah-jpm-terlibat-seludup-40000-pengundi-hantu/%5D
Anwar memberi perincian bagaimana kemasukan seramai 4,500 orang sehari selama tempoh 6 hari (25hb – 30hb Apr 2013).
“Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.”
Maka kelam-kabut masyarakat Malaysia kerana “pendedahan” Anwar. Ramai yang menjadi samseng menahan pengundi yang hanya kerana mukanya “mamak” maka mahu dirampas Kad Pengenalan mereka. Entah siapa yang memberi hak itu kepada samseng-samseng ini.
ULASAN KENAPA ANWAR IALAH PENIPU BESAR
1. Perincian Anwar yang saya petik di atas mengatakan bahawa “pengundi hantu dibawa masuk seramai 4,500 orang sehari untuk tempoh enam hari. Gunalah kalkulator atau conggak sahaja. 4,500 x 6 = 27,000! ANWAR GAGAL matematiknya! Bagaimana dia kata 40,000?
2. Enam bulan selepas pendedahan dibuat Anwar, dia sendiri menafikan kenyataannya. [dipetik dari FMT – Anwar: No way there were 40,000 Bangla voters – 20 Nov 2013]:
KUALA LUMPUR: Opposition Leader Anwar Ibrahim today denied making claims about the 40,000 Bangladeshi phantom voters in the 13th general election, saying that the statement was put in his mouth by his political opponents.
Dia menuduh lawan politiknya yang mengatakan dia yang membuat kenyataan sedemikian.
Dia menjelaskan lagi:
“We have checked our statements; we have never made such claims before,” he said during the media conference at the Parliament’s lobby today.
Dia menegaskan bahawa dia tidak pernah keluar kenyataan sedemikian “Kami sudah periksa kenyataan-kenyataan kami; kami tidak pernah membuat dakwaan sedemikian”
Dia sudah periksa kenyataan-kenyataannya – dan dia tidak pernah buat? Aik! Sudah jadi terbalik pulak? Bukankah kenyataannya itu disiar oleh portal rasmi PKR sendiri?
Kemudian, dia menuduh ini kerja blogger UMNO – “This is a spin by Umno blogger; who ever said there were 40,000 Bangladeshis?”
Media rasmi parti mana yang mengeluarkan kenyataannya pada 2hb Mei 2013? Bukankah portal rasmi PKR? Sanggup dia MENDUSTA dengan mengatakan dia tidak pernah membuat kenyataan tersebut?
Inilah PEMBOHONG No. 1 di Malaysia. Inilah PENIPU. Anwar adalah seorang PENDUSTA.
Recent Comments