Timbulnya istilah HarApan dilihat seolah-olah ada kesinambungan dari satu kepada satu.

Tidak dapat dinafikan bahawa istilah HOPE sangat penting dalam ajaran Kristian. Ada yang meletakkan HOPE/HARAPAN itu sebagai “top 10” paling penting. Begitu dengan angka “7” (tujuh) sebagai angka yang paling penting dalam ajaran Kristian (kita berbicara tentang angka 7 dalam tulisan akan datang).

Pelbagai pertubuhan dan gereja mengguna istilah HOPE. Di merata pelusuk dunia.

Istilah itu bukan sekadar harapan biasa moga-moga ianya berlaku, tetapi mereka mempunyai kenyakinan penuh dalam mencapai kejayaannya.

Dalam menghadapi kedatangan tahun 2013, yang bakal menyaksikan berlakunya PRU-13 sebuah gabungan persatuan gereja Kristian Malaysia mengeluarkan satu dokumen berbentuk manifesto mereka bertajuk “Hope of Jubilee” (Harapan Jubilee).

Harapan mereka ialah agar selepas PRU-13 nanti dapat diubah apa-apa keputusan-keputusan Kerajaan yang telah dibuat yang orang Kristian rasakan tidak menyebelahi mereka sebelum ini.

Dalam pada masa sama, gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat turut mengeluarkan Manifesto PRU-13 mereka dengan tema “People’s Hope” (HARAPAN Rakyat).

Tiba-tiba, dalam PRU-14, pakatan yang dulu mengguna tema Harapan Rakyat bertukar menjadi Pakatan HarApan.

Apakah ini suatu kesinambungan yang memang ada percaturannya dari awal lagi? Apakah ertinya huruf “A” di tengah istilah harapan itu dibesarkan?

Insha Allah akan bersambung.

Advertisements