~ Tulisan Ahmad Ali Karim

Tan Sri Zainuddin Maidin, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Zam, baru-baru ini menulis dua buah artikel di laman blognya, mengenai cadangannya yang menggesa kerajaan menutup sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia.

Memandangkan ramai telah menjawab kenyataan Zam ini termasuk Mufti Negeri Sembilan, Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, saya hanya akan menyentuh berberapa perkara yang tidak disentuh oleh mereka.

Pertama sekali, di dalam artikel, “Anak-Anak Sekolah Tahfiz Diexploitasi Jadi Peminta Sedekah Cemarkan Maruah Islam” Zam telah menulis bahawa:

“Tidakah ini mencemarkan imej Islam sebagai agama rasmi negara?”

Sangat mengecewakan dan memalukan kerana sebagai wartawan yang terkenal, Zam masih tidak memahami ideologi negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Islam adalah agama bagi Persekutuan seperti yang jelas tercatat di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan maka mengatakan Islam hanya sebagai agama rasmi negara adalah salah dari sudut Perlembagaan dan merendahkan kedudukan Islam di negara ini.

Yang kedua apabila Zam menuduh bahawa murid-murid tahfiz dieksploitasi menjadi peminta sedekah, Zam telah memberi gambaran yang buruk dan tidak adil bukan sahaja terhadap institusi tahfiz, malah juga terhadap agama Islam; seolah-olah itulah yang berlaku kepada semua sekolah tahfiz, sedangkan banyak sekolah tahfiz yang melahirkan pelajar yang hebat-hebat dan berjaya di dalam pelbagai disiplin ilmu.

Dan yang ketiga, di dalam artikel beliau, “Mengapa Saya Mahu Sekolah Tahfiz Ditutup”, Zam menulis:

Bahasa Arab tidak lagi mempunyai nilai sebagai bahasa Ilmu kecuali dibidang agama.

Pendapat Zam itu adalah salah dan sangat dangkal!

Baca seterusnya: https://ahmadalikarim.wordpress.com/2018/07/11/pilu-bila-orang-islam-menidakkan-kehebatan-cendekiawan-dan-sejarah-tamadun-islam/