You are currently browsing the daily archive for 1 March, 2020.
Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai punca beliau tidak dilantik sebagai perdana menteri ke-8.
Beliau berkata, Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri kerana ramai yang tidak lagi menyokongnya.
Baca selanjutnya:
https://ahmadalikarim.wordpress.com/2020/03/01/tun-mahathir-salahkan-anwar-punca-tidak-dilantik-pm8/
Keadaan kecoh terus berlaku di depan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya. Kali ini naib presiden parti itu, Tian Chua, diserang beberapa penyokong parti.
Kejadian berlaku ketika dia diiringi dari pintu bangunan ke kereta yang diletakkan tidak jauh dari situ. Dia kemudian dikelilingi kira-kira 30 orang itu.
Baca selanjutnya:
https://ahmadalikarim.wordpress.com/2020/03/01/terkini-pemimpin-pkr-diserang-ahli-pkr-di-ibupejabat-pkr-video/
Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta memecat Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai ketua armada parti.
Justeru, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Mohd. Yusof mencadangkan Exco Armada, Muzammil Ismail sebagai pemangku sementara pemilihan semula ketua Armada dilakukan.
Baca selanjutnya:
https://ahmadalikarim.wordpress.com/2020/03/01/kemelut-ppbm-ke-mana-syed-saddiq-selepas-ini/
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Tan Sri Dr Rais Yatim percaya bekas Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengkucar-kacirkan negara ekoran kemelut politik yang melanda negara kini.
Keyakinan itu dilahirkan dengan mengambil kira pengalaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama lebih 24 tahun, justeru biarpun tempat beliau kini diambilalih oleh Tan Sri Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri yang baharu.
Baca seterusnya:
https://ahmadalikarim.wordpress.com/2020/03/01/114-sd-tidak-menjejas-status-tan-sri-muhyiddin-rais-yatim/
Sebarang dokumen sokongan akuan bersumpah (SD) yang dikeluarkan selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan tidak boleh mengubah keputusan asal baginda.
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata dalam perkiraan ini, baginda sudah mengambil masa yang sesuai untuk membuat keputusan.
Baca selanjutnya:
https://ahmadalikarim.wordpress.com/2020/02/29/relevankah-sd-baharu-setelah-titah-tuanku/
Semalam, pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim telah menewaskan Skuad Lang Merah, Kedah, di perlawanan Piala Sumbangsih 2020 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Menarik sekali, perlawanan ini berlaku semasa hangatnya “perlawanan” di antara dua calon Perdana Menteri ke-8, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berasal dari negeri Johor dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berasal dari negeri Kedah.
Baca selanjutnya:
https://ahmadalikarim.wordpress.com/2020/02/29/kemenangan-jdt-ke-atas-kedah-memberi-gambaran-kejayaan-perikatan-nasional/
Recent Comments