Ahmad Ali Karim's Weblog

[MalaysiaGazette}- “Saya rakyat Malaysia. Raja Raja Melayu ini raja saya. Kenapa tidak dengan sedikit suara yang saya miliki, saya keluarkan untuk mengembalikan kedaulatan Raja Raja Melayu.”

Tersusun kata-kata bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Vigneswaran ketika ditanya tentang kenyataannya baru-baru ini bahawa sudah tiba masanya kuasa raja-raja Melayu dikembalikan.

Menurut beliau, pelantikan sebagai Speaker Dewan Negara dan peluang menghadiri Persidangan Speaker di Johor, memberi ruang kepadanya untuk mendengar titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Apabila saya mendengar titah Tuanku, saya berpendapat kuasa Raja Raja Melayu ini sudah dirampas, dan apabila saya pulang ke Parlimen, saya beri arahan kepada kumpulan penyelidik dan wakil peribadi untuk menyorot kembali apa sebenarnya yang berlaku.

“Apa yang berlaku pada pendapat saya,and I stand to be corrected(betulkan jika saya salah), ia adalah salah di sisi undang-undang Perlembagaan. Saya sampaikan perkara ini kepada beberapa pemimpin untuk diperbetulkan semula dan lima tahun saya menunggu,” katanya…

View original post 983 more words