Versi Jawi akan menyusul.
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan penubuhan parti politik barunya, setelah dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hampir tiga bulan lepas.
Beliau yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan sedemikian di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur tadi, selepas khabar angin mengenai hal tersebut telah menghangatkan berita dan media sosial.
Parti tersebut belum mempunyai nama lagi, dan nama parti akan diumumkan dalam masa yang terdekat selepas merujuk ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), dan buat masa ini akan dipimpin oleh anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau menyatakan perasaan tidak puas terhadap PPBM yang telah lari daripada tujuan asal parti tersebut ditubuh, iaitu untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Razak, maka telah menubuhkan satu parti Melayu dan Pribumi yang baharu.
Walaupun begitu, Tun Mahathir berkata parti ini juga akan memperjuangkan hak bangsa lain, dan akan bersikap inklusif, tetapi ia tidak…
View original post 151 more words
Recent Comments