“Johor datang dengan pelbagai pakej”. Begitu jawapan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika ditanya mengenai cabaran beliau memimpin Kontinjen Johor dalam menjaga keamanan dan mengekang penularan pelbagai aktiviti jenayah di selatan tanah air.
Selain tugas hakiki beliau dalam menangani isu jenayah,beberapa isu yang menjadikan Johor “unik” dari segi cabaran yang dihadapi turut disentuh termasuk landskap geografi tersendiri berbanding negeri-negeri lain selain isu-isu yang turut berkait rapat dengan hubungan dua hala dengan dua negara jiran.
“Di Johor, kita ada kawasan persisiran pantai yang luas, keseluruhan Pantai Timur danPantai Barat saya rasa kita ada kira-kira 530 kilometer. Bila ada kawasan pantai yang luas,kita ada banyak isu. Isu penyeludupan manusia, penyeludupan barang-barang kontraban- rokok, arak dan sebagainya.
Selain itu, kita juga bersempadandengan dua negara Indonesia dan Singapura, jadi adalah isu-isu berkaitanbilateral (hubungan dua hala) yang melibatkan Johor dan dua negara berkenaan,” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif, baru-baru…
View original post 389 more words
Recent Comments