Ahmad Ali Karim's Weblog

Krisis politik bergema lagi, ‘Number game‘ muncul kembali! Semalam Anwar Ibrahim mengumumkan “kerajaan Muhyiddin telahjatuh” berikutan beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong.

Benar atau tidak, tiada yang tahu melainkan pihak yang berkenaan. Namun ramai yang mempertikaikan jumlah sokongan yang didakwa memandangkan kenyataan rasmi daripada ahli-ahli Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional menafikan memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Sila baca: UMNO, PAS, GPS Nafi Kerajaan PNJatuh

Kalau begini keadaannya, kita akan bertukar kerajaan ibarat bertukar baju. Yang rugi dan merana ialah rakyat; padahal pemimpin yang mereka undi dahulu telah menjanjikan bulan dan bintang.

Apakah ini hasil yang kita banggakan daripada sistem demokrasi?

Natijahnya, rakyat sudah muak dengan permainan sebegini. Selepas beberapa bulan lagi, akan bermula pula ‘number game‘ yang baharu dan keadaannya tidak akan berkesudahan sehinggalah satu tindakan konkrit diambil untuk menamatkannya.

Terfikirkah anda bagaimanakah nasib generasi saya…

View original post 260 more words