Ahmad Ali Karim's Weblog

Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radinberkata bakal ketua menteri Sabah yang baru akan diketahui selepas pengumuman Tuan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin.

Ini selepas BN dan PN dikatakan gagal mencapai kata sepakat mengenai calon ketua menteri Sabah yang baru.

Bung berkata beliau dan Ketua Bersatu Sabah Hajiji Mohd Nor akan mengadapYang di-Pertua Negeri bagi mendapat keputusan mengenai hal ini.

“Tunggu TYT putuskan,” kata Bung

Ketika ditanya mengenai perasaannya, Bung berkata beliau “sangat gembira.”

Awal hari ini, pemimpin Gabungan Rakyat Sabah bermesyuarat di Hotel Magellan Sutre di Kota Kinabalu.

Bung kemudian dilaporkan memasuki kawasan Istana Negeri di Kota Kinabalu pada 2.27 petang tadi, manakala Ketua Bersatu Sabah Hajiji Mohd Nor tiba seminit kemudian.

Hajiji dan Bung antara nama yang disebut-sebut sebelum ini sebagai calon ketua menteri.

Tidak lama kemudian, Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim pula tiba 2.47 petang, sementara Presiden Star Jeffrey Kitingan kelihatan memasuki Istana Negeri jam 3 petang tadi.

View original post 66 more words